Negara Indo-Pasifik bincang langkah berkesan kawal kes rasuah asing dan perolehan awam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Malaysia yakin negara-negara anggota Indo-Pacific Economic Framework for Prosperity (IPEF) akan mengukuhkan usaha untuk mengesan, menyiasat serta mendakwa kes rasuah asing dan perolehan awam dengan berkesan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pertukaran idea, pengalaman dan pengajaran yang dipelajari di kalangan negara anggota IPEF akan mengukuhkan usaha kolektif kami untuk memerangi rasuah di rantau Indo-Pasifik.

“Di Malaysia, beberapa langkah penting telah diambil untuk memerangi rasuah asing dan menggalakkan integriti dalam transaksi perniagaan antarabangsa sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 22 Akta SPRM 2009 bahawa mana-mana individu yang menawarkan, menjanjikan, atau memberi suapan kepada pegawai awam asing, atau yang meminta, menerima, atau mendapatkan suapan tersebut, adalah suatu kesalahan,” katanya ketika berucap di IPEF, Pillar IV: Workshop on Foreign Bribery,

IPEF ditubuhkan pada Mei 2022 dan pada bengkel kali ini lebih 40 delegasi dari 11 buah negara menghadiri Pillar IV: Workshop on Foreign Bribery dan Workshop on Public Procurement yang diadakan dari 7 hingga 10 Oktober 2024 di Kuala Lumpur.

Kedua-dua bengkel ini merupakan penganjuran bersama United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Department of State, United States of America dan SPRM.

Turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar, Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Manu Bhalla dan Ketua Pasukan UNODC, Hab Anti Rasuah untuk Asia Tenggara, Ms. Annika Wythes.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat