“Mana-Mana MP Boleh Pengerusikan Dewan Rakyat, Tak Perlu Tambah Timbalan Speaker” – Muhyiddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) berpendirian tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat buat masa ini dan tidak menyokong sebarang cadangan pindaan perlembagaan bagi mewujudkan jawatan tersebut.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Majlis Tertinggi PN berkata dua jawatan timbalan speaker sedia ada seperti termaktub dalam Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persekutuan adalah memadai bagi menjamin kelancaran mesyuarat Dewan Rakyat.

Lagi pula, katanya, Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan membenarkan mana-mana ahli Dewan Rakyat mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan speaker dan timbalan speaker.

“Justeru, tiada keperluan bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menambah satu lagi jawatan timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini.

“Cadangan pindaan perlembagaan ini memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muhyiddin berkata, Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) juga terhad kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama dan pindaan perlembagaan untuk jawatan speaker ketiga bukan satu daripadanya.

“Pindaan Perlembagaan untuk menambah jawatan timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak termaktub dalam memorandum persefahaman tersebut. Justeru, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menuntut pelaksanaannya.

“Atas dasar ini, PN telah membuat pendirian untuk tidak menyokong sebarang cadangan pindaan perlembagaan bagi tujuan ini,” katanya lagi.

Buat masa ini, hanya satu daripada dua jawatan timbalan speaker terisi oleh Datuk Mohd Rashid Hasnon (Bersatu-Batu Pahat) manakala satu lagi kosong selepas Datuk Seri Azalina Othman (BN-Pengerang) meletak jawatan pada Ogos lalu.

Pun begitu, Azalina dilantik oleh Speaker, Datuk Azhar Harun untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat buat sementara waktu, selepas pemilihan timbalan speaker kedua yang baru ditangguhkan sehingga sidang yang akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat