KDN, Peguam Negara Setuju Cubaan Bunuh Diri Bukan Lagi Jenayah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara bersetuju memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata cadangan pemansuhan undang-undang itu di peringkat untuk dibawa ke Kabinet bagi diputuskan.

“(Proses) seterusnya adalah untuk membuat pindaan kepada Seksyen 309 supaya mereka yang membunuh atau cuba membunuh diri tidak disabitkan kesalahan lagi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menyegerakan proses bagi memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai jenayah dan sejauh mana ia akan mengurangkan kes bunuh diri dalam kalangan rakyat.

Kumpulan pakar psikiatri memaklumkan bahawa cubaan membunuh diri bukanlah berunsur jenayah sebaliknya adalah masalah kesihatan mental yang biasanya didorong oleh tekanan hingga menyebabkan kemurungan.

Mengikut Akta Kanun Keseksaan, individu disabit kesalahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Hukuman sebegini sebenarnya akan menambahkan lagi tekanan kepada individu yang cuba membunuh diri, justeru ia tidak akan menyelesaikan masalah berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat