Rentas negeri dibenarkan beberapa hari lagi, jaga diri, jaga keluarga – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pergerakan rentas negeri akan dibenarkan dalam tempoh beberapa hari saja lagi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak leka dengan ‘kebebasan’ yang diberikan.

“Larangan rentas negeri akan ditarik balik dalam masa beberapa hari lagi.

“Penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakkan fizikal meskipun berada di kalangan individu yang sudah divaksin.

“Bagi memastikan orang tersayang dan ahli keluarga anda selamat, lakukan ujian air liur RTK-Ag sendiri secara berkala,” ujarnya di Twitter.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat