Najib desak mahkamah dakwa Khairuddin langgar kuarantin mandatori

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali diheret ke muka pengadilan kerana melanggar arahan kuarantin wajib.

Najib menjelaskan gesaan beliau itu bukan berniat untuk mengecam PAS tetapi tindakan Khairuddin berkenaan membuatkan ramai orang tidak berpuas hati.

“Dakwa Menteri Perladangan dan Komoditi di mahkamah (bukan kerana nak kecam PAS tapi sebab ramai tak puas hati perkara ini.

“Biar mahkamah putuskan dia salah ke tidak atau apa hukumannya sebab saya difahamkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau imigresen terlepas keluarkan arahan kuarantin mandatori kepada dia,” catat Ahli Parlimen Pekan itu di Facebooknya, hari ini.

Beliau bagaimanapun, meminta agar menteri itu tidak gusar dengan tindakan mahkamah kerana sekiranya didapati bersalah, rayuan boleh dibuat.

“Jika kalah, masih boleh rayu.

“Hentikan modal propaganda Pakatan Harapan (PH) sebab saya dah bosan tengok Lim Kit Siang buat puluhan posting (hantaran) bagi isu sama,” kata Najib.

Awal hari ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid, mengesahkan bahawa polis sudah menyerahkan semula kertas siasatan (IP) membabitkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ke Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk kajian lanjut.

Selain itu, dengan nada sinis, beliau turut meminta veteran DAP itu untuk mengecam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang melanggar kuarantin.

Difahamkan, Amirudin bertindak demikian bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan air membabitkan daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang susulan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat