Beri laluan calon Warisan menang tanpa bertanding di Batu Sapi – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang bersetuju dengan cadangan supaya tiada pertandingan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi sebaliknya memberi laluan kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) menang tanpa bertanding di situ.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menjelaskan rasional kenyataannya itu yakni menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat dalam usaha memenangi perang melawan Covid-19.

“Saya menyokong cadangan agar laluan diberikan kepada calon Warisan untuk menang tanpa bertanding dalam PRK Batu Sapi.

“Ini demi kesihatan dan keselamatan para pengundi di kawasan tersebut termasuk rakyat Sabah serta Malaysia,” tulis Kit Siang di Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo mengesyorkan cadangan itu memandangkan pilihan raya negeri Sabah yang baru sahaja berlangsung telah memulakan gelombang ketiga penularan Covid-19 di Malaysia.

Tambahnya, ini menjadikan Sabah sebuah negeri utama yang terkesan sehinggakan sempadan Sabah terpaksa ditutup antara 12 Oktober sehingga 25 Oktober, yang mana perjalanan hanya dibenarkan atas sebab-sebab mustahak sahaja.

Kerusi Parlimen P185 Batu Sapi kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong dari Warisan.

Vui Keong, 60, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat