Dosa rasuah tak dapat disucikan dengan umrah dan haji, haram apa jua keadaan – Ayob Khan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan bahawa dosa rasuah adalah lebih jijik daripada khinzir yang haram dimakan oleh umat Islam.

Beliau malah menempelak sikap dan tindakan pengamal rasuah yang beranggapan dosa makan rasuah boleh disucikan dengan mengerjakan ibadah haji dan umrah.

“Ramai juga dikalangan kita khususnya orang Melayu yang masih beranggapan rasuah ini okey. Mereka beranggap rasuah cukup tahun pergi haji habis, balik haji bersih seputih kain putih.

“Tiap-tiap bulan dia pergi umrah, setiap tahun dia pergi haji. Ini duit rasuah dengan anggapan dia bahawa tindakan dia makan rasuah itu takpa
dia pergi haji, minta maaf, minta ampun Allah akan ampunkan.

“Tak ada tuan-tuan, rasuah ini kita punya dosa dengan masyarakat, melibatkan kerosakan negara. Kalau tuan-tuan makan rasuah dalam konteks agensi penguatkuasa pergilah minta maaf dekat satu-satu rakyat Malaysia, 33 juta pergilah minta maaf. Itu kena faham betul-betul.

“Kalau buat dosa dengan Allah kita minta ampun kepada Allah tidak apa, Allah ampunkan tapi ini dosa rasuah dosa dengan manusia.

“Orang Melayu Islam kalau sebut khinzir cukup pantang tapi rasuah tak apa, sedangkan khinzir yang haram makan kalau dalam keadaan darurat boleh makan tapi rasuah dalam apa keadaan sekali pun adalah haram. Itulah betapa teruk dan jijiknya rasuah ini,” tegas Ayob.

Beliau malah mendedahkan ada dikalangan penjawat awam yang makan gaji terus menikmati habuan rasuah hingga mati.

“Ada yang dah pencen buat rumah beratus juta ni penjawat awam saya tak tahulah dalam organisasi swasta mungkin pegawai pun ada bila pencen buat rumah (mewah).

“Saya nak cakap penjawat awam setakat makan gaji pencen rumah RM13, 14 juta dia dapat duit daripada mana? Itulah sikap yang ada kalau ini berterusan memang
rosak negara,” ujar beliau lagi.

Kata Ayob Khan, pembanterasan rasuah yang berkesan hari bermula dari atas.

“Kalau kita betul-betul nak banteras nak bagi betul-betul ada impak besar, ambil dari atas yang bawah pun kita ambil juga tindakan tapi yang paling penting dari atas kerana kalau atas saja ambil tindakan yang bawah akan takut.

“Tapi kalau atas dibiarkan, atas yang menggalakkan rasuah, bawah ni akan bermaharajalela.

“Aspek yang paling penting dalam konteks Islam termasuklah agama-agama lain juga Insya-Allah takut kalau tidak tak ada sedikit pun perasaan takut.

“Amat mendukacitakan ada dikalangan orang-orang Islam, kita dah anggap rasuah itu dah jadi macam budaya, tak salah pun rasuah, kita boleh ambil
semua orang ambil rasuah, jadi inilah yang menjadi salah satu sebab kenapa kita sampai sekarang masih ada lagi isu rasuah, isu besar yang saya boleh kategorikan sebagai musuh nombor satu negara,” katanya.

Menurut Ayob Khan, kalau dulu beliau di narkotik saya definisikan dadah sebagai musuh nombor satu negara dari 1983 hingga 2024.

“41 Tahun masih lagi tak berjaya, tapi sekarang rasuah nombor satu negara dan dalam konteks ini juga sama ada awam atau swasta, di kalangan ketua-ketua mereka juga ada yang terlibat dalam menyuburkan amalan rasuah.

“Ada juga yang memimpin melantik individu, pegawai yang sealiran dengan kita (rasuahlah) dengan harapan nanti apabila kita bersara nanti pegawai ini akan terus menyalurkan sumbangan-sumbangan rasuah ini kepada beliau, jadi yang dilantik itu sealiranlah.

“Kalau boss makan rasuah yang dilantik pun makan rasuah juga, pakat-pakat makan rasuah, kalau boleh sampai mati makan rasuah.

“Itu yang kita perlu pastikan kalau kita nak pastikan rasuah ini dibanteras pastikan pemimpin yang lantik itu yang betul yang melantik orang yang betul kalau pemimpin tak betul dia akan lantik orang yang tak betul untuk memastikan kesinambungan rasuah itu berterusan, sampai pencen,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat