Jebat penderhaka, betul lah tu Nik Abduh label Jailani – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi ‘bersetuju’ dengan label Jebat yang diberikan Nik Abduh Nik Abdul Aziz kepada Adun Rembia, Datuk Jailani Khamis.

Menurut Puad, jika bersandarkan buku Sejarah Melayu Jebat seorang penderhaka.

“Nik Abduh adalah betul bila dia iktiraf Jailani Adun Rembia sebagai Jebat.

“Kalau ikut buku Sejarah Melayu Jebat seorang penderhaka. Maka Jailani memang penderhaka.

“Jangan terkejut selepas ini dia akan menderhakai PAS terutama jika PAS tidak bantu kos mahkamahnya. Dia disaman sebanyak RM100 juta oleh Umno kerana jadi Jebat,” bidas Puad.

Pun begitu Speaker DUN Johor itu mendakwa, Nik Abduh sebenarnya salah.

Kata Puad, sepatutnya calon Bersatu di Nenggiri yang digelar Jebat kerana dia keluar PAS untuk jadi calon Bersatu.

“Hatta dia menderhakai semangat Akta Anti Lompat Parti,” ujarnya.

Semalam, Nik Abduh melabel Adun Rembia, Jailani Khamis sebagai ‘Hang Jebat’ kerana tekadnya menyertai parti itu daripada Umno.

Nik Abduh yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok dan Pasir Mas mendakwa tindakan bekas exco Melaka yang pernah bersama PKR itu sebagai ‘satu sejarah dalam politik negara’.

“Sepanjang lebih 50 tahun umur saya, saya rasa tak ada wakil rakyat Umno masuk PAS…memang betul-betul ‘Hang Jebat’ Jailani ini.

Ia juga satu sejarah dalam politik negara kita, katanya pada satu ceramah kempen PRK Nenggiri di Serian malam tadi.

Bulan lalu, PAS mengumumkan Jailani diterima sebagai ahli parti itu pada Jun 2023 yang menimbulkan persoalan kerana setakat 9 Sept tahun lalu media melaporkan Jailani sebagai ahli Umno, apabila lembaga disiplin parti mengesyorkan beliau digantung keahlian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat