Buta Hati Tuduh Melayu Angkuh Dibandingkan Dengan Kemboja – Hadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Melayu dituduh angkuh dibandingkan dengan Kemboja, menunjukkan individu berkenaan jahil tentang sejarah kejatuhan kerajaan Melayu Islam di Kemboja, atau kerana buta hatinya.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa.

Jelas beliau, pengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan.

“Malangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya.

“Pada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka,” bidas Hadi dalam catatan Minda Presiden PAS pada Jumaat.

Beliau juga berkata, rumpun Melayu di Semenanjung menerima Islam secara damai dan aman yang disampaikan oleh para pendakwah yang datang berdagang dengan akhlak mulia, suatu perkara yang menjadi sebahagian daripada ajaran Islam.

“Mereka semuanya memeluk Islam, bermula daripada kalangan raja-raja sehinggalah rakyat biasa. Sehinggakan perkataan Melayu dan Islam menjadi satu, malah bangsa bukan Melayu yang menganut Islam juga dianggap masuk Melayu, sehingga masuk Islam dinamakan masuk Melayu.

“Adapun Melayu yang dahulunya menganut agama Hindu, Buddha dan agama lain memeluk Islam dengan mudah kerana mengikuti para pendatang asing dari Arab dan India Muslim yang membawa Islam. Islam yang dianut diamalkan secara sempurna dengan gabungan kukuh berdasarkan peranan raja-raja dan ulama’ (umara’ dan ulama’), sehingga tertegaknya negara yang berdaulat dan tamadun Islam di Nusantara oleh rumpun Melayu yang menganut serta mengamalkan Islam secara sempurna,” katanya lagi.

Hadi menegaskan lagi, sifat Islam yang masih ada kepada Melayu menjadikan mereka boleh menerima masyarakat majmuk yang dipaksa oleh penjajah atas sifat kemanusiaan Melayu Islam yang ada dalam dirinya.

“Sehinggakan, satu keluarga bukan Islam boleh berada di tengah masyarakat Melayu yang besar jumlahnya.
Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, pada masa yang sama hak beragama masih diberikan kepada penganut agama lain.

“Hal ini termasuklah hak berbahasa kepada kaum lain, sehingga dibenarkan sekolah jenis kebangsaan berbagai-bagai etnik wujud. Keadaan ini tidak berlaku di negara-negara lain.

“Kalau Melayu ini angkuh, nescaya tidak akan berlaku toleransi seperti ini,” jelas beliau.

Malangnya katanya, terdapat dalam kalangan orang Melayu yang lebih dahsyat kefahamannya daripada kacang yang tidak berakal, bermata dan bertelinga yang melupakan kulitnya, sehingga menuduh bangsanya rasis, angkuh dan sebagainya.

“Termasuk yang dianggap ilmuwan yang berjela ijazahnya dan pemimpin yang diulungkan, tetapi lemah akalnya atau akalnya lebih kecil daripada ilmu dan ketokohan jasadnya.

“Alhamdulillah, Melayu selamat daripada makhluk asing yang menggunakan godaan slogan Reformasi dan Arab Spring, sehingga ada negara yang tumbang kerajaannya dan hanya tinggal gusi.

“Malah, ada negara yang hancur kerana terlibat dalam perang proksi yang telah diaturkan oleh makhluk asing itu.

“Hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya yang berada di luar tabii atau tegak bersama fanatik kaumnya sahaja yang merosakkan Melayu itu sendiri dan merosakkan semua bangsa dalam masyarakat majmuk,” ujarnya.

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Marang itu, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu selamat dan semua bangsa selamat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat