Zaliha nafi keluar kenyataan berhubung titah adendum

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menolak dakwaan beliau membuat kenyataan berhubung kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Melalui platform Facebook dan Instagram rasminya beliau berkata kenyataan media yang tular itu adalah palsu.

“Untuk makluman, kenyataan media ini adalah PALSU dan tidak pernah dikeluarkan oleh saya.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu ini,” jelasnya.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi perkongsian di media sosial

Beliau menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan media palsu berkenaan.

Terdahulu, tular satu kenyataan media didakwa dikeluarkan oleh Dr Zaliha kononnya adendum yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Razak adalah sahih dan benar.

Titah adendum kembali hangat diperkatakan selepas anak sulung Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Nizar mendakwa beliau menerima bukti tambahan baharu daripada Istana Pahang dan memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan.

Najib, 71, sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat