Lawatan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains & kebudayaan Timor-Leste ke PUO, teroka bidang TVET erat hubungan dua hala

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Lawatan rasmi Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Kebudayaan Republik Demokratik Timor-Leste, His Excellency Mr. José Honório Jerónimo da Costa Pereira,
ke Politeknik Ungku Omar (PUO) membuka lembaran baharu dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala lebih erat dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

PUO dalam kenyataannya memaklumkan, istimewanya lawatan pertama menteri dari negara luar ke PUO pada tahun ini, menjadikannya satu pencapaian bersejarah bagi institusi ini.

Menurutnya, delegasi itu yang tiba dekat sini pada Rabu turut disertai oleh pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan Timor-Leste dan Kedutaan Timor-Leste di Malaysia telah disambut oleh Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah.

Turut bersama wakil daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Timbalan Pengarah Bahagian Koordinasi TVET (BKTVET), Dr. Syafizwan Nizam Mohd Faroque.

“Delegasi Timor-Leste itu telah dibawa melawat ke beberapa fasiliti utama PUO yang menjadi pusat kecemerlangan teknologi dan inovasi.

“Mereka telah diberi penerangan tentang teknologi simulasi terkini yang digunakan dalam latihan kejuruteraan maritim di Bengkel Kejuruteraan Perkapalan (Simulator Room) , ”kata kenyataan itu.

“Delegasi kemudiannya dibawa ke TM Lab di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), yang menumpukan kepada teknologi maklumat dan inovasi digital.

“Delegasi turut dibawa melawat makmal AR/VR yang ditempatkan di Unit Senibina serta Hybrid Learning Classroom yang menampilkan teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran, ”katanya lagi.

Dalam pada itu, His Excellency Mr. José Honório memuji usaha PUO dalam menyediakan fasiliti pendidikan berkualiti tinggi serta menyatakan hasrat untuk meneroka kerjasama lebih erat dalam bidang TVET.

“Delegasi Timor-Leste yang turut serta dalam lawatan itu, Penasihat Eksekutif Pejabat Menteri, Mr. Afonso Fernandes da Silva; Penasihat Teknikal untuk Kerjasama & Perkongsian, Ms. Dália Suzana Pereira Mesquita; Pegawai Bahagian Protokol, Mr. Luis de Fátima Luan, dan Setiausaha Ketiga, Kedutaan Timor-Leste, Mr. Zeisse Lay.

“Lawatan ini diharapkan dapat membuka peluang baharu dalam perkongsian kepakaran dan inovasi pendidikan antara PUO dan institusi politeknik di Timor-Leste,”tambah kenyataan itu.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat