China gesa Myanmar jaga sempadan bersama, junta tak respons

- Advertisement -

BEIJING – Myanmar disarankan untuk bekerjasama dengan China dalam usaha mengekalkan kestabilan di sempadan mereka secara bersama, selepas berlaku lonjakan pertempuran antara tentera junta dan pemberontak hingga menggegarkan wilayah itu.

Lapor Reuters, ini berikutan minggu lalu, tentera junta cuba memulihkan keadaan berhampiran sempadan selepas pakatan tentera etnik minoriti yang berjuang untuk menentukan nasib sendiri melancarkan beberapa siri serangan terkoordinasi ke atas sasaran junta.

Penolong Menteri Luar China, berkata Myanmar digesa untuk bekerjasama dengan China bagi mengekalkan kestabilan di sepanjang sempadan China-Myanmar.

“Ini juga adalah untuk memastikan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk sempadan China dan mengambil langkah berkesan mengukuhkan keselamatan kakitangan China,” katanya.

Bagaimanapun, jurucakap tentera junta enggan mengulas lanjut.

Laman berita Asia Times melaporkan bahawa, seorang warga China terbunuh dan beberapa lagi cedera pada hari Sabtu apabila peluru yang dilepaskan oleh tentera junta melebihi sasarannya dan mengenai bahagian sempadan China.

Nong, yang melawat Myanmar hujung minggu lalu, berkata China berharap Myanmar akan memulihkan kestabilan dan ia menyokong semua pihak untuk menangani perbezaan dengan betul dan mencapai perdamaian melalui dialog secepat mungkin.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 dengan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik diketuai oleh pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi.

Kumpulan pemberontak prodemokrasi di beberapa kawasan bekerjasama dengan gerila etnik minoriti yang berkempen selama beberapa dekad untuk mendapatkan autonomi yang lebih besar untuk memerangi pasukan junta.

Walaupun negara Barat mengutuk tentera Myanmar dan mengenakan sekatan ke atasnya, China, bersama-sama Russia, pula menyokong.

China berkata, ia menyokong Myanmar dalam mencari jalan sendiri dan menggesa masyarakat antarabangsa menghormati kedaulatannya.

Kementerian Luar China berkata, minggu lalu ia mengikuti rapat konflik di Myanmar.

“Kami menggesa semua pihak untuk segera menghentikan pertempuran, menyelesaikan perselisihan secara aman melalui dialog dan perundingan, mengelakkan sebarang peningkatan,” kata jurucakap, Wang Wenbin.

Nong, semasa lawatannya, menggesa Myanmar untuk mengukuhkan keselamatan institusi dan projek China di sana.

Beliau juga melawat saluran paip gas asli sepanjang 793 kilometer, sebahagian daripada infrastruktur dan rangkaian tenaga Belt and Road China, menghubungkan Pulau Ramree di pantai barat Myanmar dengan bandar sempadan China Ruili di Wilayah Yunnan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat