Nama Ambiga dicadang sebagai Pengerusi SPR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Seorang ahli Parlimen daripada DAP mencadangkan supaya kerajaan melantik bekas Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, ini kerana Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh akan bersara pada Mei tahun depan.

“Kita maklum Pengerusi akan bersara beberapa bulan lagi tahun depan (Mei 2024). Bagaimana Kerajaan Perpaduan akan melantik Pengerusi SPR yang baharu? Adakah mereka akan melalui PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) atau kita boleh mencadangkan nama?

“Sebab sebagai Pengerusi itu adalah satu tugas yang memainkan peranan yang penting dalam usaha kita nak reformasi pilihan raya negara.

“Jadi, saya cadangkan Kerajaan Perpaduan boleh mempertimbang Ambiga sebagai Pengerusi SPR baharu yang akan datang apabila Pengerusi sedia ada bersara,” katanya semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin, lapor Utusan.

Ambiga ialah seorang peguam dan peguambela hak asasi manusia terkemuka, dan merupakan bekas Presiden Majlis Peguam dari 2007 hingga 2009.

Beliau merupakan penggerak Bersih 2.0 pada 2011 dan kini berkhidmat dalam Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita selain menganggotai Jawatankuasa Khas Majlis Peguam mengenai hak Orang Asli.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat