PRN Melaka: Tindakan Biadab Terang-Terangan Saat Negara Bergelut Lawan COVID-19 – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tetap diteruskan ia akan menjadi satu “tindakan biadab secara terang-terangan” memandangkan negara kini sedang berjuang melawan COVID-19,” kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata demikian susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam berikutan pengunduran empat ADUN daripada gabungan pimpinan UMNO, sekaligus menghilangkan majoriti diperlukan untuk terus memerintah.

Dalam catatan di Facebook, Salleh berkata, dengan rakyat masih bergelut menghadapi impak wabak, keperluan mereka perlu diutamakan melebihi pergolakan politik.

“Etika politik menuntut kita mengetepikan perbezaan dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara dalam situasi wabak ini. Sekiranya kita mahu membina kestabilan politik, pertelingkahan dalaman politik mesti dihentikan,” katanya.

“Berhubung situasi Melaka, sebarang percubaan untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) patut dianggap sebagai tindakan biadap secara terang-terangan terhadap usaha kita melawan Covid-19 dan memperjuangkan mata pencarian rakyat. Apa jua sebabnya, politik mesti maju, bukan mundur, pada waktu yang mencabar ini.”

Katanya, tanggungjawab kini jatuh atas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan sama ada untuk memenuhi keinginan segelintir ahli politik di Melaka mengadakan PRN atau “tumpu pada keperluan rakyat”.

Salleh berkata, konflik politik yang berpanjangan ketika negara sedang dalam kecemasan hanya akan memberi imej negatif pada ahli politik.

“Apa yang akan kita ajar pemimpin-pemimpin masa depan kita?” soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat