Dituduh tak jaga jarak, Radzi buat laporan polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berdepan tuduhan tidak menjaga jarak fizikal dalam satu sidang media, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin bertindak membuat laporan polis.

Radzi menerusi akaun Facebooknya, berkata beliau dimaklumkan mengenai satu hantaran Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal.

Radzi memaklumkan, selepas semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun bernama Yuseri Yusoff itu didapati palsu.

“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM (Sekolah Menengah) Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.

“Setelah disemak, gambar ini sebenarnya adalah gambar palsu. Tindakan berniat jahat pemilik akaun adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat,” katanya dalam hantaran itu pada rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat