2 Peratus Lagi Untuk Kebenaran Rentas Negeri – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kadar vaksinasi Malaysia menunjukkan perkembangan yang baik apabila 88 peratus atau 20,603,249 individu daripada populasi dewasa sudah lengkap divaksin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berbaki 2 peratus sahaja lagi untuk pembukaan rentas negeri dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi mohon MyTravelPass untuk ke luar negara.

“88% populasi dewasa telah lengkap vaksin.

“Ini menunjukkan cuma 2% lagi untuk pembukaan sempadan dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi mohon MTP untuk mengembara ke luar negara,” ciap Khairy menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat