Perlukah Semua Ke Sabah, Sehingga Bahaya Kita Di Sini? : Dr Maza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sehingga membahayakan nyawa orang lain.

Dalam hantaran Facebooknya hari ini, Mohd Asri mempersoalkan tindak-tanduk pemimpin kerajaan yang melanggar SOP yang mereka tetapkan.

“Pimpinan kerajaan yang menetapkan SOP, mereka amatlah wajar mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

“Demikian juga segala orang politik tanpa mengira parti yang selalu berbicara tentang kononnya ‘kepentingan rakyat’. Begitu ramai mereka yang ke sana berkempen dan pulang tanpa mematuhi SOP,” katanya.

Mohd Asri memberitahu, susulan tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak ia telah mencetuskan kegusaran awam.

“Hari ini semua kita bimbang. Semua mesyuarat yang kita hadiri, kita terpaksa bertanya, apakah anda telah mempunyai kontak dengan menteri dan orang politik yang ke Sabah baru-baru ini?

“Lihatlah, betapa ramai kakitangan kerajaan terdedah kepada bahaya kerana politik orang lain,” keluh beliau.

Dalam pada itu, Mohd Asri mempersoalkan keperluan orang politik ke Sabah sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Persoalan kita, perlukah semua orang politik ke sana? Perlukah semua menteri, semua kepimpinan parti, semua yang berjawatan dalam parti turut serta? Cacatkah kempen tanpa mereka?

“Itu belum lagi jika ada yang bertanya, peruntukan terbang ke sana dan penginapan serta pergerakan, di bawah tanggungan kerajaan atau sendirian?

“Lebih ganjil lagi, ada orang politik yang di Semenanjung pun tidak begitu berfungsi dan berpengaruh, cuba membina pengaruh di Sabah? Ada yang dalam negeri sendiri atau kawasan sendiri selalu menghilangkan diri, tiba-tiba muncul dan sibuk di Sabah.

“Jikalau itu masalah peribadi mereka dan parti mereka sahaja tidaklah mengapa. Namun, ia telah menjadi masalah rakyat dan masalah kita semua pekerja yang bekerja untuk negara. Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat