Pengumuman Khas PM Petang Ini, Sekolah Ditutup Dua Minggu?

- Advertisement -

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan satu sidang media khas jam 6 petang ini berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 melebihi 400 kes baharu semalam.

Sidang media ini dijangka berkaitan dengan peningkatan kes positif Covid-19 dan kedudukan pentadbiran negara berikutan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri perlu menjalani kuarantin 14 hari.

Antara pengumuman yang dijangka dibuat petang ini adalah penutupan sekolah rendah dan menengah di seluruh negara selama 14 hari mulai esok berikutan kelemahan mekanisme kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah, tidak diikuti dengan larangan anak-anak ke sekolah.

Bagaimanapun buat masa ini kerajaan dijangka tidak akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula seperti mana yang dibuat pada Mac lalu.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Tinggi telah pun menasihati Institut Pengajian Tinggi agar menangguhkan pendaftaran semester baharu buat sementara waktu atau melakukan pendafaftaran atas talian.

Sebahagian anggota kabinet yang menghadiri mesyuarat bersama Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri perlu menjalani kuarantin 14 hari setelah beliau disahkan positif Covid-19.

Satu-satunya anggota kabinet yang telah menamatkan kuarantin 14 hari setelah pulang dari Sabah ialah Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien yang memulakan semula tugasnya hari ini.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat