Dr Noor Hisham ajak ratakan lengkungan sekali lagi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama membantu meratakan lengkungan Covid-19 sekali lagi.

Dr Noor Hisham berkata untuk mencapai hasrat itu, seluruh rakyat perlu bersolidariti dan bersatu supaya dapat melawan ‘musuh’ yang sama dengan lebih berkesan.

Menerusi tiga hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata negara sudah pun mencapai 10 bulan berdepan pandemik Covid-19 yang mengakibatkan kehidupan harian dan normalisasi terjejas.

Katanya, mengawal transmisi komuniti berskala besar adalah keutamaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kita semua perlu bersatu untuk berdepan dengan situasi transmisi berskala besar Covid-19 yang sedang berlaku ketika ini.

“Kita miliki tiga senario dan tiga model yang memberikan keputusan hampir sama,” katanya sambil merujuk kepada graf yang dikepil pada hantaran itu yang mewakili situasi negara ketika ini.

Noor Hisham berkata, semua pihak perlu membuat keputusan sama ada mahu bersatu atau meratap akibat peningkatan kes terus berulang.

“Kita perlu membuat keputsan sama ada mahu bersatu dan menjadi lebih kuat atau pun meratapi ‘nila yang setitik’ berulang kali sedangkan kes terus meningkat.

“Pasukan barisan hadapan kita sedang mengerah keringat mereka di ‘perbatasan’ ketika ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat