Lepas Jadi PM Naik Taraf Jadi Jutawan, Kekayaan Boleh Dirampas- Dr Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Segala kekayaan Perdana Menteri yang diperolehi selepas menjadi Perdana Menteri hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak berkuasa,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, biasanya Perdana Menteri tidak kaya dan jika kaya maka tentulah dia isytihar sewaktu dilantik bahawa dirinya memiliki kekayaan.

“Bahkan awal-awal lagi dia dikenali sebagai orang kaya, sebagai jutawan.

“Jika dia tidak dikenali sebagai orang kaya maka ini juga akan diketahui oleh masyarakat,” catatnya di blog pada Isnin.

Tetapi apabila Perdana Menteri selepas menjadi Perdana Menteri menjadi jutawan, rakyat berhak mendakwa dia telah dapat wang itu secara haram,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

Dr Mahathir memberitahu, sebenarnya Perdana Menteri tidak boleh ada duit banyak.

Ujar beliau, penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas.

“Jika ada duit diterima, ianya untuk parti. Tetapi jika di masuk akaun peribadi, itu salah,” tegas beliau.

Kata Dr Mahathir lagi, jika didakwa bahawa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah.

Ahli politik dalam negeri tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing kerana ini memberi peluang kepada negara asing untuk campurtangan dalam politik dalam negeri.

” Oleh sebab itu segala kekayaan Perdana Menteri yang didapati selepas ia menjadi PM hendaklah dianggap sebagai haram dan boleh dirampas oleh pihak yang berkuasa,” beritahunya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat