DAP Sokong Azalina Jadi Speaker Ganti Azhar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – DAP memberi ‘lampu hijau’ kepada Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertindak serius mengemukakan namanya bagi menggantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, DAP bersedia untuk berbincang lebih jauh dengannya jika Azalina serius untuk mengemukakan namanya menggantikan Azhar bagi mengembalikan imej dan kredibiliti Parlimen yang telah dirosakkan teruk oleh ketundukan Azhar kepada perintah Eksekutif.

Menurut beliau, Parlimen tidak boleh terus hilang atau bergerak dalam vakum politik dengan Speaker terus memainkan peranan untuk hanya patuh dan bersetuju semata-mata bagi mempertahankan Perdana Menteri.

“Sekiranya Parlimen dibenarkan untuk memenuhi mekanisme semak dan imbang serta bersidang semasa darurat, jawapan mungkin telah dapat diberikan mengenai COVID-19 dan krisis ekonomi yang dapat mengurangkan kenaikan rekod tertinggi jangkitan dan kematian.

“Oleh itu, Azalina perlu menyusun rancangannya tentang bagaimana untuk mengelakkan Parlimen menjadi sekadar “rubber-stamp” kepada Perdana Menteri semata-mata dan mengangkat ketinggian Parlimen seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan negara.

” Rakyat mahu Parlimen menjadi institusi demokrasi utama yang memberikan perbezaan positif dalam kehidupan rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng menjelaskan, Timbalan Pengerusi Nasional DAP dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo telah bertemu dengan Azalina, yang ingin membincangkan cadangannya mengenai pilihan raya pecat atau “recall election” sebagai sebahagian daripada pakej rang undang-undang anti lompat parti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,557FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat