Kekeliruan Akar Umbi “Tolak Anwar, Tolak DAP” Harus Ditangani Segera – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Kekeliruan dasar parti UMNO, “Tolak Anwar, Tolak DAP” harus diperjelaskan segera di peringkat akar umbi,” kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, UMNO mesti menangani kekeliruan di peringkat akar umbi berhubung kerjasama dengan pembangkang yang dilihat bertentangan dengan dasar “Tolak Anwar, Tolak DAP” yang diperkenalkan pada perhimpunan agungnya (PAU).

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, mudah bagi Ahli Parlimen untuk berurusan dengan pihak pembangkang tetapi rasionalnya mesti disampaikan dengan jelas kepada penyokong di lapangan.

“Kekeliruan itu akan lebih dirasai bahagian-bahagian (parti) yang telah jelas mengenai pendirian ‘Tolak Anwar, Tolak DAP’, tetapi sekarang tiba-tiba ada sisi lain,” katanya memetik FMT.

Azalina, yang baru-baru ini meletak jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat berkata, keputusan parti untuk bekerjasama dengan pembangkang tidak banyak memberi kesan kepada Ahli Parlimen kerana mereka kerap bertemu dengan rakan pembangkang di Parlimen.

Katanya, ia juga perkara biasa dalam dewan perundangan tertentu.

“Johor dan Perak yang dikendalikan Umno cukup selesa dengan hubungan sebegini.

“Mungkin hakikatnya di Perak, ada ramai wakil rakyat DAP, jadi sama ada suka atau tidak, mereka selalu ada dalam bilangan yang ramai.

“Juga di Johor, suasana sangat terbuka bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menteri besar. Jadi sudah ada (keadaan ini), bukan kali pertama,” katanya.

Azalina berkata, pendekatan dwipartisan itu diperlukan jika hendak mencapai pembaharuan sebenar seperti meluluskan Akta Perkhidmatan Parlimen, menetapkan had penggal atau melantik pemimpin pembangkang ke jawatan berpangkat menteri.

“Antara perkara paling penting yang perlu kita buat sebagai rakyat Malaysia dan sebagai Ahli Parlimen pada 2021 adalah melaksanakan apa yang kita katakan.

“Jika kita kata (buat) gencatan, ia mesti jadi gencatan yang adil untuk semua.

“Mari kita kaji pembaharuan yang wajar dan ambil kesempatan ini untuk pinda undang-undang, bukan hanya lakukan pembaharuan dengan kata-kata saja,” katanya.

Kerjasama yang sekarang dilihat dan kemelut politik baru-baru ini melambangkan apa yang disebutnya sebagai salah satu pengajaran terbesar dari tahun lalu: “Tiada kawan tetap, tiada musuh tetap dalam politik. Hari ini anda berkawan, esok anda bermusuh,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat