(Email Pembaca) LCS: Pembangkang Jangan Cuba Berlagak Suci

- Advertisement -

MEMBACA posting bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai ‘skandal’ projek kapal perang LCS hari ini, seakan jelas semua masalah dalam projek berkenaan berlaku setelah ia dilewatkan pada tahun 2018 sebelum akhirnya dibekukan terus pada suku ketiga tahun 2019 oleh kerajaan yang memerintah negara ketika itu.

Ketika dibekukan, tahap kemajuan projek adalah sekitar 60% kata Najib.

Pandemik yang melanda dunia pada tahun 2020 dan 2021 memburukkan lagi keadaan itu kalau ikut maksud dalam posting tersebut.

Tiba-tiba sekarang pembangkang tanya kenapa tidak ada satupun kapal perang ini yang kata mereka sepatutnya diserahkan kepada kerajaan pada bulan ini, sindir Najib

Ini sudah macam satu tamparan. Ketika hampir semua nama besar dalam pembangkang nampaknya bersedia untuk mensensasikan perkara ini secara besar besaran, tulisan Najib hari ini seakan membantutkan usaha tersebut.

Malah dalam posting-posting lain berkenaan isu sama selepas itu, Najib turut membetulkan banyak salah maklumat dalam perkara ini seperti kos asal kononnya meningkat dari RM 6 billion ke RM 9 billion (kos asal memang RM 9 billion). penghantaran pertama pada bulan Ogos 2022 (penghantaran pertama sepatutnya pada tahun 2019) dan sebagainya.

Seolah pembangkang terlupa, mereka menjadi kerajaan selama 22 bulan sejak Mei 2018 dan sudah tentu ada peranan dalam ‘skandal’ yang cuba dihangatkan hari ini. Penghantaran pertama saja pun sepatutnya tahun 2019, kenapa dibekukan pulak projek itu? Takkan itupun salah BN juga?

Ini bukan kali pertama campur tangan pembangkang setelah mengambil alih teraju pemerintahan negara didakwa menjejaskan perancangan yang dibuat kerajaan terdahulu.

Skim rumah generasi kedua Felda, ECRL, MRT 3, PR1MA dan sebagainya, semua projek-projek berkepentingan rakyat ini didakwa bermasalah setelah pembangkang masuk campur ketika 22 bulan berkuasa.

Kos naik, rekabentuk berubah, matlamat tak sampai, terbengkalai dan sebagainya adalah antara masalah yang dimaksudkan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengambil alih teraju PH dari Tun Mahathir lebih lucu lagi apabila mahu projek yang sudah hampir 70% dibayar kerajaan ini, dibatalkan.

Cadangan ini ditempelak banyak pihak. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Husin umpamanya, mempersoalkan kenapa saranan Anwar ini bercanggah dengam saranan PAC yang dipengerusikan dan dianggotai sebahagiannya oleh ahli parlimen dari partinya sendiri?

Hishamuddin menjelaskan, PAC sendiri tidak mencadangkan agar projek ini dibatalkan. Menariknya, waris Anwar pun ada dalam PAC tu.

Ibarat mencurah garam diluka, Najib pulak dalam tulisannya juga memetik kenyataan Mat Sabu yang juga Menteri Pertahanan kerajaan 22 bulan bahawa PH sudah bersedia untuk menyambung projek tersebut tapi kononnya digagalkan oleh Langkah Sheraton.

Bercanggah lagi.

Tak sebut lagi bagaimana pembatalan projek ini menjejaskan vendor-vendor projek berkenaan yang sebahagian besarnya terdiri dari pesara tentera sendiri seperti yang disebutkan Hishammuddin.

Pada pendapat penulis sendiri, isu ini tidak ada bezanya dengan sensasi pembelian peralatan pertahanan lain oleh pembangkang seperti pembelian kapal selam Scorpene dan helikopter EC725 sebelum ini.

Lebih-lebih lagi nak dekat pilihanraya ini.

Rakyat harus bertanya kepada diri mereka sendiri, dah kemana semua isu di atas? Siapa yang dah didakwa di Mahkamah Perancis dan sebagainya? Yang akhirnya untung, hanya pihak yang mengaut laba politik dari isu berkenaan apabila dipilih sebagai ahli parlimen atau menbentuk kerajaan negeri dengan isu-isu berkenaan

Janganlah hendaknya kita jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali.

Asri Mohamad
Jelapang, Perak

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat