Seramai 867,967 Keluarga Malaysia Di Sarawak Terima Inisiatif BKM – PM

- Advertisement -

KUCHING:  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 867,967 Keluarga Malaysi di Sarawak telah menerima manfaat menerusi inisiatif Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melibatkan peruntukan sebanyak RM745 juta.

Jelasnya, Ini membuktikan kecaknaan Kerajaan terhadap Keluarga Malaysia di negeri itu.

Sementara itu, Projek Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM16.1 bilion yang dilancarkan pada bulan Mac 2015, kini berada pada tahap 85 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.

“Kerajaan juga akan meneruskan Fasa 2 Projek SarawakSabah Link Road (SSLR) yang akan menghubungkan Miri ke Limbang dan Lawas tanpa perlu melalui Brunei.

“Projek Fasa 2 SSLR dari Simpang Gelugus ke Long Lopeng di Lawas ini, akan menghubungkan Mulu hingga Long Merarap sejauh 326km dengan kos RM7.68 bilion. Pembinaannya dijangka bermula awal tahun depan.” katanya sempena Jelajah Keluarga Malaysia, di Dataran Perayaan Petrajaya, di sini, pada Ahad.

Turut hadir Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Menteri Kanan Kerjaraya, Dato’ Sri Hj Fadillah Yusuf dan barisan Menteri dan Timbalan Menteri Sarawak.

Kata Ismail Sabri lagi, Kerajaan turut menambah baik jaringan jalan raya sedia ada antara Miri ke Limbang dan Lawas melalui Brunei di bawah Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), melibatkan kerja-kerja naik taraf sepanjang 96.351km bagi tempoh tigatahun dengan kos berjumlah RM2.93  bilion.

Ini akan menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi setempat kerana Lebuh Raya Pan Borneo mula memberi impak positif dan limpahan ekonomi kepada Keluarga
“Malaysia yang berniaga di Pasar Tamu Simpang Bekenu.” ujarnya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat