Ahirine terbuka terima kritikan

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon baharu, Ahirine Ahirudin tidak ralat biarpun digelar ‘kayu’ menerusi penampilan sulungnya menerusi filem Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.

Ahirine berkata, memandangkan dirinya masih hijau dalam industri seni tempatan, dia terbuka untuk menerima sebarang kritikan bagi memperbaiki mutu lakonannya.

“Saya menerima segala reaksi sama ada negatif atau positif kerana maklum yang saya masih hijau dalam bidang seni.

“Masih banyak yang boleh diperbaiki lagi dan banyak yang saya ingin terokai dalam bidang lakonan.

“Tidak dinafikan saya juga seperti kecil dalam industri berbanding nama-nama besar seperti Datuk Hattan, Joey Daud dan Khir Rahman. Mereka juga banyak membantu saya untuk memperbaiki lakonan,” katanya ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Gadis Jolobu The Movie baru-baru ini.

Ahirine sebelum ini pernah membintangi filem Remp-It 2 dan aktif berlakon aksi lasak ngeri dan pelakon ‘body double’.

Dalam filem Gadis Jolobu The Movie, Ahirine membawa watak sebagai Jijah. Ia mengisahkan tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dan berusaha mencari jodoh di kampung halaman.

Sumpahan ‘lambat sunat, lambatlah kahwin’ sering bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Filem ini turut dibintangi Datuk Hattan yang membawa watak Atan, Joey Daud (Ajoi), Khir Rahman (Acong) dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat