Skandal Tabung Haji: Pemuda UMNO Desak Tubuh RCI

- Advertisement -

Cyberjaya – Pemuda Umno bertegas mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat sebarang salah laku dan penyelewengan dalam urusniaga Tabung Haji.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, RCI perlu siasat kebenaran tuduhan yang dibuat kerajaan lepas sebelum ini bahawa berlaku penyelewengan dalam Tabung Haji.

Asyraf berkata, sehingga kini tidak ada satupun tuduhan penyelewengan itu di dakwa di mahkamah. RCI itu juga boleh menyiasat termasuk dakwaan berlakunya jualan lambak ke atas 76.2% ladang-ladang milik TH Plantations pada harga bawah nilai pasaran.

“Ini tidak termasuk aset-aset hartanah Tabung Haji bernilai RM10 bilion yang sudah terjual kepada syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jemaah Sdn Bhd.

“Aset-aset ini termasuklah tanah TRX bernilai RM400 juta dan hotel-hotel Tabung Haji seluruh Malaysia yang selama ini banyak menyumbang kepada perolehan Tabung Haji,” kata Asyraf Wajdi dalam kenyataan hari ini.

Asyraf mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad di Dewan Rakyat semalam, yang menjelaskan penubuhan jawatankuasa petugas khas untuk mengkaji urus niaga Lembaga Tabung Haji akan ditimbangkan jika ada keperluan.

Asyraf berkata, sebelum PH memerintah, Tabung Haji tidak pernah gagal dalam merealisasikan matlamat penubuhan yang bukan sahaja menguruskan keperluan urusan dan hal ehwal kebajikan jemaah Haji, tetapi juga menjana ekonomi umat Islam.

Prestasi kewangan yang memberangsangkan setiap tahun membolehkan pendeposit berkongsi hibah dan bonus setiap tahun secara purata tidak kurang daripada 6.25% setelah ditolak zakat 2.5%.

“Sebab itulah, apabila pelbagai tuduhan penyelewengan, skandal, defisit yang melanda secara tiba-tiba sejurus selepas PH memerintah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan polemik berterusan.

“Justeru, Pemuda Umno menuntut agar kerajaan PN dapat menilai kembali keputusan untuk tidak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini,” katanya.

Katanya, hanya RCI mampu menghentikan tuduh-menuduh.

“Ia sekaligus mengembalikan keyakinan 9.3 juta pendeposit dan pelabur institusi terulung umat Islam ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat