Penerbit dakwa terlepas pandang hebahan penghargaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali, 62, mengakui kegagalan Studio Kembara memberi kredit atau penghargaan kepada FINAS dalam filem dan bahan bercetak berpunca daripada kecuaian dan terlepas pandang yang tidak disengajakan.

Abdul Rahman berkata, sebagai pendatang baharu dalam bidang perfileman, syarikat masih belum cukup berpengalaman dalam mengendalikan perkara berkaitan hebahan penghargaan atau senarai kredit.

“Perkara ini berlaku disebabkan kami terlepas pandang. Urusan berkaitan pemberian kredit adalah tanggungjawab pihak ketiga yang diamanahkan.

“Kami tidak sedar logo FINAS tidak diletakkan dalam senarai kredit filem itu hinggalah hari berlangsungnya sesi tayangan perdana, baru-baru ini.

“Kesilapan juga berpunca daripada kami yang tidak membuat pemeriksaan terperinci sebelum filem ditayangkan,” katanya kepada BH Online.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara menjelaskan tidak timbul konflik antara syarikat dan FINAS dan sedia memperbaiki kesalahan dibuat.

“Ingin saya tegaskan, tiada konflik berlaku antara kami dan FINAS. Saya terkejut apabila perkara ini dibangkitkan sedangkan antara kami tiada masalah.

“Segala kesilapan yang dilakukan, kami cuba perbaiki mengikut kemampuan. Kalau boleh diletakkan logo, kami akan buat biarpun agak terlewat.

“Malah, pada sesi tayangan khas bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, baru-baru ini, kami puji inisiatif FINAS membantu kami menyiapkan filem itu,” katanya.

 

Abdul Rahman (kanan) mohon maaf sekiranya ada pihak terasa hati, malah, mengakui syarikatnya belum cukup berpengalaman mengendalikan perkara berkaitan hebahan penghargaan atau senarai kredit.

 

Enggan membiarkan spekulasi bertebaran hingga menjejaskan hubungan, Abdul Rahman bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan pengurusan FINAS.

“Perancangan untuk mengadakan pertemuan sebenarnya sudah dibuat lama. Pertemuan ini juga ada kaitan dengan penghargaan yang bakal diberi.

“Cuma, kami sedang menyusun atur cara dan mencari masa sesuai bagi memastikan pertemuan lebih bermakna.

“Sebelum ini, kami sudah menghantar surat kepada FINAS di mana kandungannya antara lain adalah penyataan permohonan maaf. Dalam hal ini, kami cuba bersikap profesional, bukan mengikut emosi.

“Jika ada pihak terasa hati, secara peribadi, saya minta maaf. Tujuan saya buat filem adalah untuk membangunkan negara dan ummah. Jadi, biarlah tumpuan kita ke arah itu tanpa dibayangi perkara lain,” katanya.

Berita Harian

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat