‘Komen netizen pendapat peribadi’

- Advertisement -

Ipoh: Penyanyi dan komposer tersohor, Datuk M Nasir tidak berdepan masalah dengan isu lagu Tiara yang dinyanyikan dan diolah semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar.

Malah, selaku pencipta sepenuhnya lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Kris itu dia juga menganggap perkara itu sebagai isu yang tidak perlu terlalu diperbesarkan.

“Itu (cover version) sudah biasa terjadi dalam industri, jadi tiada masalah, kita (penyanyi dalam negara) pun buat sebegitu.

“Ia pendapat peribadi (komen netizen), sama ada hendak marah atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika hadir sempena majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) di Bangunan MBI hari ini.

Dikatakan nyanyian lagu Tiara oleh penyanyi dari negara seberang itu merosakkan melodi dan keaslian lagu, M Nasir yang juga digelar Sifu mengakui ia satu fenomena yang tidak dapat terkawal.

“Itu (rosak lagu) ya lah sikit, tetapi ia tetap akan berlaku dan kita tidak dapat mengawal perkara itu.

“Kita kalau hendak buat sesuatu (tindakan) boleh, tetapi saya ingat dalam keadaan sekarang kita tak payah (perbesarkan) kerana mereka kawan kita juga,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu popular Mentera Semerah Padi itu mengakui lagu dalam versi ‘cover version’ yang mendapat view yang lebih tinggi.

“Trend sekarang ini zaman media sosial lain sedikit, halwa telinga pun lain,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, nyanyian semula sebuah lagu balada rock malar segar, Tiara dendangan asal kumpulan era 1980-an, Kris kini menjadi perdebatan peminat dalam laman sosial.

Semua itu susulan cara dendangan seorang penyanyi popular dari Indonesia, Raffa Affar yang dikatakan merosakkan melodi dan keaslian lagu berkenaan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,592FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat