Ain sahut cabaran kendali Melodi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Silih berganti hos program hiburan nombor satu, Melodi yang bersiaran di TV3 bertukar tangan.

Selepas hampir setahun mengemudi program hiburan sensasi, aktres dan pengacara, Nabila Huda mengakhiri tugasan menerusi episod akhir pada 26 Jun lalu.

Kelmarin, Ain Edruce diberi kepercayaan memikul tugas sebagai hos baharu.

Ain meluahkan kegembiraan diberi peluang menggalas tanggungjawab sebagai hos program sensasi itu berseorangan tanpa rakan pengacara, Nabila.

“Sebelum ini, saya cukup seronok apabila digandingkan bersama Nabila biarpun pada mulanya sebagai hos jemputan. Itupun sudah membuatkan saya teruja kerana memang menjadi impian mengacarakan program hiburan sensasi ini.

“Namun, saya jadi risau apabila stesen TV3 menawarkan saya menggantikan Nabila. Jujurnya, saya selesa bekerja dengan Nabila.

“Stesen TV3 percaya saya boleh melakukannya dan memberikan kata semangat. Alhamdulillah, episod pertama semalam (kelmarin) saya lakukan seorang diri berjalan dengan baik,” katanya kepada BH Online.

Ain berkata, perasaan gugup tetap ada kerana Melodi adalah program hiburan nombor satu dan dinantikan penonton setia, setiap minggu.

“Jadi, saya risau mengendalikannya seorang diri, namun saya perlu mencabar diri dan redah sahaja.

“Saya syukur berjaya mengendalikan episod pertama walaupun ada kesilapan perlu dibetulkan,” katanya.

Selain cuba mengurangkan gugup, Ain berkata, dia cuba memperbaiki kekurangannya pada minggu akan datang.

 

Ain diberi kepercayaan memikul tugas sebagai hos baharu Melodi menggantikan Nabila.

 

Tambah Ain, Nabila juga memberikan semangat dan berkongsi perasaan gembira terhadap tugas baharunya itu.

“Saya mesej Nabila, dia turut memberikan ucapan tahniah. Malah, Nabila menyatakan, dia percaya saya boleh menjadi hos yang hebat.

“Jujurnya, saya amat merindui momen bergandingan dengan Nabila. Kami juga sudah berkawan baik.

“Jadi, antara kami tiada masalah, meskipun saya menggantikannya. Nabila sangat profesional dalam soal kerja, malah, banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya,” katanya.

Ain berkata, dia tidak membaca komen netizen, buat masa ini kerana enggan membaca komen mengenai perbandingan dengan hos terdahulu.

“Risau memang ada. Contohnya, apabila saya mengacarakan program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim kelima.

“Sama juga dengan program Melodi, saya sudah bersiap sedia jika timbul perbandingan dengan hos terdahulu.

“Bagi saya, perbandingan seperti adat. Saya tidak boleh buat apa, hanya perlu membuktikan kemampuan dan memberikan persembahan terbaik.

“Disebabkan itu, saya mengelak membaca komen. Saya tahu netizen boleh bercakap apa sahaja, tetapi apa yang paling penting saya fokus, tutup mata dan teruskan bekerja,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat