Solidariti Rakyat Malaysia Lawan Laporan Palsu Al-Jazeera

- Advertisement -

LAPORAN tidak tepat oleh agensi berita Al-Jazeera, melalui satu dokumentari pendek bertajuk “Locked Up In Malaysia Lockdown” – mengenai kaedah pihak berkuasa Malaysia menangani pendatang tanpa izin semasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mendapat bantahan majoriti pengguna media sosial di platform dimana ia disiarkan seperti YouTube.

Setakat artikel ini ditulis, lebih 132 ribu butang “dislike” telah ditekan pengguna YouTube pada video berkenaan, tanda bantahan kepada laporan tidak masuk akal itu.

Tidak cukup setakat ‘dislike’ saja, banyak gesaan dibuat di platform media sosial yang lain agar video berkenaan turut dilaporkan sebagai berita palsu.

Difahamkan, pengendali akaun YouTube AlJazeera itu, telah pun menutup ruangan komen pada video tersebut – tindakan yang menjadi momokan beberapa pengguna Twitter, merujuk kepada AlJazeera yang sering mendakwa kononnya bmengamalkan kebebasan bersuara.

Laporan itu antara lain memberikan gambaran kononnya berlaku penganiayaan ke atas pendatang tanpa izin ini dalam usaha kerajaan Malaysia menyekat penyebaran wabak Covid-19.

Pemasangan kawad berduri di kawasan yang diletak dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta rakaman PATI beratur semasa menaiki trak untuk dibawa ke pusat tahanan, dijadikan bukti ‘kezaliman’ tersebut.

Ini, diselang seli dengan kenyataan satu dua individu terdiri terdiri dari pendatang asing yang mendakwa konon wujudnya layanan buruk terhadap mereka sewaktu PKP dilaksanakan.

Hakikatnya, pemasangan kawad berduri untuk kawasan yang diisytiharkan sebagai PKPD, bukan sahaja dilakukan di kawasan penempatan pendatang asing, malah kawasan rakyat tempatan juga.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Malaysia memperkenalkan PKP untuk menyelamatkan orang ramai daripada COVID-19 tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara.

Apa pun laporan tidak benar oleh media asing ini, satu yang pasti, usaha kerajaan dalam menghentikan penyebaran Covid-19 ini, semakin mencapai kejayaan.

Depa nak tulis apa, lantak depalah, janji rakyat kita tahu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat