Tiada Isu Diskriminasi Terhadap Pendatang Tanpa Izin Ketika Pengurusan COVID-19 – Adham Baba

Penganjur Korban Luar Negara Emosi, Kasar Ketika Dihubungi

Cyberjaya - Penganjur program korban luar negara di benua Afrika dilihat enggan memberikan kerjasama bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan sebelum ini. Ketika dihubungi, salah seorang...

25 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 12 Kes Kluster Sivagangga – KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat. Ketua Pengarah...

JAIS Arah Surau Di Shah Alam Tutup, Jemaah Kontak Rapat Kluster Sivagangga

KUALA LUMPUR - Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta dan menghentikan semua operasi termasuk solat Jumaat, solat fardu lima...

Peniaga Tak Mengaku Salah Sorok Lebih 200,000 Pelitup Muka

PETALING JAYA - Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyembunyikan barang kawalan, iaitu 216,500 keping pelitup muka, Mac...

TMJ Mahu Backhand Mahathir?

JOHOR – Sejurus Mahathir dilaporkan mahu menubuhkan parti baharu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim tampil menunjukkan keperihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi...

KOTA TINGGI – Kerajaan menyangkal laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata dakwaan itu tidak berasas kerana Malaysia memperkenalkan PKP untuk menyelamatkan orang ramai daripada COVID-19 tanpa mengira warganegara atau bukan warganegara.

“Laporan Al Jazeera yang menyebut berlaku diskriminasi adalah satu tuduhan yang tidak betul. Menyelamatkan warganegara atau bukan warganegara merupakan satu tindakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi menangani wabak COVID-19.

“Jadi, kita perlu pastikan semua yang dikesan dapat disaring dan diasingkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pelitup separuh muka dan sabun antiseptik di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan dokumentari Al Jazeera bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” berdurasi 20.25 minit yang mendakwa berlaku diskriminasi terhadap pendatang tanpa izin dari segi layanan terhadap mereka ketika Malaysia mengendalikan langkah menangani COVID-19.

Ketika ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap agensi berita itu, Dr Adham berkata kerajaan akan memperbetulkan persepsi tersebut melalui Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita perlu perbetulkan melalui jurucakap iaitu Datuk Seri Ismail Sabri sebagai jurucakap kerajaan yang mengetuai mesyuarat menteri-menteri mengenai COVID-19,” katanya.

Diminta mengulas laporan forensik mengenai kebakaran di Wad Perubatan Perempuan 1, Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada 28 Jun lepas, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu laporan berhubung perkara itu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.

Bagaimanapun, ketika lawatannya ke hospital itu minggu lepas beliau dimaklumkan bahawa kebakaran tersebut berlaku disebabkan masalah pendawaian di salah satu panel di wad berkenaan.

“Kita akan dapatkan laporan dalam masa terdekat. Ia perlukan masa kerana laporan forensik lebih tepat,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

25 Jangkitan Baru Covid-19 Hari Ini Termasuk 12 Kes Kluster Sivagangga – KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 25 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 setakat jam 12 tengah hari pada Jumaat. Ketua Pengarah...

JAIS Arah Surau Di Shah Alam Tutup, Jemaah Kontak Rapat Kluster Sivagangga

KUALA LUMPUR - Surau Al-Jannah di Seksyen 23, Shah Alam diarah tutup serta merta dan menghentikan semua operasi termasuk solat Jumaat, solat fardu lima...

TMJ Mahu Backhand Mahathir?

JOHOR – Sejurus Mahathir dilaporkan mahu menubuhkan parti baharu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim tampil menunjukkan keperihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi...