PKR Dah Boleh Tukar Jadi NGO Atau ‘Persatuan Keadilan Rakyat’

- Advertisement -

PORT DICKSON – Ratusan Ahli PKR Cabang Teluk Kemang, akan meninggalkan parti itu dalam satu majlis pengistiharan keluar parti yang dijadualkan pada minggu hadapan.

Perkara itu dimaklumkan oleh salah seorang pemimpin akar umbi parti itu ketika dihubungi wartawan SuaraTv hari ini.

“Kira-kira 200 orang yang akan meninggalkan PKR tidak lama lagi. Minggu ni atau lagi satu(minggu hadapan). Pengisytiharan akan dibuat dalam satu majlis pengisytiharan, tempat dan masa akan kami maklumkan dalam masa terdekat.

“Mereka terdiri daripada ahli biasa dari AMK, ada yang berjawatan penting. Daripada sayap Wanita dan Serikandi juga mungkin akan mengambil langkah sama, katanya kepada SuaraTV.

Langkah itu berikutan pucuk pimpinan parti diperingkat nasional yang dikatakan sudah jauh terpesong dengan landasan perjuangan reformasi yang gah dilaungkan sebelum ini.

Sebaliknya, agenda reformasi hari ini, tidak lebih daripada hanya mahu mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri semata-mata,tanpa membentangkan apa-apa idea pembangunan dan polisi ekonomi baru untuk negara bagi tujuan reformasi.

Justeru menurut jurucakap kumpulan ini, perkara tersebut antara menjadi penyumbang besar ahli-ahli dan pemimpin di kawasan itu hilang kepercayaan dengan pucuk pimpinan di peringkat pusat PKR.

Ironinya, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga merupakan ahli parlimen Port Dickson yang juga merupakan kawasan bagi Cabang Teluk Kemang.

Tambah jurucakap itu lagi, langkah yang diambil oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi meninggalkan parti itu sebelum ini, turut memberi kesan dan tamparan hebat kepada PKR dan kepimpinan Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama parti.

Tindakan Daroyah meninggalkan parti itu meskipun beberapa orang pemimpin tertinggi parti memujuknya untuk kekal dalam parti, membuktikan PKR sudah tidak relevan untuk menjadi wadah pergerakan politik, terutama bagi anak muda.

“Begitu juga dengan keputusan bekas menteri komunikasi, Datuk Seri Salleh Keruak yang mengambil langkah pusingan U, meninggalkan PKR sebelum menjadi ahli, turut memberi cerminan bahawa PKR sudah tidak relevan.

“Dan akan ramai lagi akan tinggalkan parti ini. Justeru, baiklah PKR ini ditukar saja menjadi NGO atau jadi Persatuan Keadilan Rakyat sahaja,” kata jurucakap berkenaan.

PKR sebelum ini dilaporkan memecat ratusan ahlinya termasuk beberapa orang pemimpin utama yang juga wakil rakyat mewakili parti itu.

Antara wakil rakyat yang dipecat itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Batu Lintang, See Chee How, sementara dua yang digantung keahlian, Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

Terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim, yang dilucut keahliannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), meskipun tanpa alasan yang kukuh, menurut Zulkifli.

Beliau yang menyertai PKR sejak 2 September 1998 itu dipecat tanpa mengetahui punca sebenar malah langsung tidak diberi peluang untuk membela diri.

Tambah Zulkifli, beliau menerima surat pemecatannya pada Khamis dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak adil selepas sekian lama setia kepada pimpinan dan parti PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat