Britain Atasi Itali, Paling Terjejas Di Eropah Akibat Covid-19

- Advertisement -

LONDON – Britain kini mengatasi Itali sebagai negara paling terjejas di Eropah akibat wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Setiausaha Luar Negeri, Dominic Raab, pada taklimat media di Downing Street, semalam, memaklumkan bahawa seramai 693 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 29,427 mangsa, setakat ini.

Terdahulu, data dikeluarkan Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) menunjukkan jumlah korban melebihi 32,000 orang.

Raab berkata, keadaan itu adalah satu ‘tragedi besar’ tetapi sukar untuk membuat perbandingan antara negara sebelum wabak COVID-19 berakhir.

“Saya tidak fikir kita akan memperoleh keputusan tepat sehinggalah wabak itu berakhir, terutama sehingga kita mendapat data antarabangsa yang komprehensif mengenai semua punca kematian terbabit,” katanya.

Beliau berkata, fasa seterusnya pasti ‘tidak mudah’ ketika rakyat Britain mula menyesuaikan diri dengan kehidupan normal baharu.

Sementara itu Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, berkata aplikasi mengesan wabak telah mula menjalani ujian di Isle of Wight, semalam.

Kerajaan berharap dapat melancarkan aplikasi itu pada pertengahan bulan ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Boris Johnson, berkata Britain telah ‘melepasi waktu puncak’ wabak terbabit serta pelan komprehensif akan diumumkan, akhir minggu ini, mengenai ‘bagaimana untuk terus memerangi penyakit itu’ sambil membuka semula ekonomi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat