ADUN Rembia Hairan Dua Kali Terima Surat Pemecatan Dari PKR

- Advertisement -

MELAKA TENGAH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sewajarnya konsisten dan berhati-hati mengeluarkan surat pemecatan kepada ahli parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, beliau hairan apabila parti itu didakwa memecatnya sebanyak ‘dua kali’ berdasarkan dua surat yang diterima pada Mac dan 10 April lalu.

Menurutnya, situasi itu seolah-olah menggambarkan parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tiada pegangan, bercelaru dan tidak mendahulukan kebajikan ahli sebaliknya hanya memikirkan pemecatan ahli yang tidak sehaluan dengan mereka.

“Mereka bukan lagi parti yang memperjuangkan nasib rakyat sebaliknya hanya memikirkan cara untuk membolehkan seseorang itu diangkat sebagai Perdana Menteri.

“Bersyukur kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh dengan izin ALLAH dan digantikan dengan Perikatan Nasional yang prihatin nasib rakyat terutama ketika penularan wabak Koronavirus (Covid-19),” katanya ketika ditemui di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Muhammad Jailani yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan berkata, surat pemecatan pertama diterimanya pada 21 Mac lalu yang memaklumkan kepimpinan parti sepakat memecat beliau manakala surat kedua pula diterima tiga minggu selepas Itu.

Beliau juga mengakui senang dengan pemerintahan Perikatan Nasional di Melaka beliau dan selesa bekerjasama dengan wakil rakyat lain walaupun belum membuat keputusan menyokong mana-mana parti.

Semalam, PKR memecat 348 ahli dan pemimpin termasuk dua wakil rakyatnya selepas didapati melanggar disiplin parti itu.

Selain Muhammad Jailani, ADUN Batu Lintang, See Chee How turut dipecat manakala dua digantung keahlian iaitu Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat