Laporan CEP dan IRC juga boleh dinyahrahsia seperti nahas Double Six 1976 – Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penerbitan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) oleh Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Anwar ini lebih mendesak dan diperlukan memandangkan sejak dari awal lagi, kedua-dua laporan ini tidak sepatutnya dirahsiakan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan disekat dari dibincangkan dan dibahaskan oleh rakyat.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata demikian susulan nyahrahsia Laporan Nahas Double Six 1976, oleh itu Kabinet patut dedahkan laporan CEP dan IRC.

“Saya telah berkali-kali menyeru supaya laporan-laporan CEP dan IRC ini diterbitkan, seawal 13 Oktober 2018 di mana saya memetik seruan Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin, yang menyeru supaya cadangan-cadangan CEP ini dibentangkan kepada orang awam.

“Saya buntu sejak dahulu lagi mengenai mengapa Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad, enggan untuk meminta Kabinet dan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk menyahrahsia laporan CEP dan IRC ini pada tahun 2018 dan 2019.

“Hakikat di mana Mahathir terus berdiam diri mengenai isu ini menjadi bukti yang dia sedar bahawa dia melakukan perkara yang salah dan telah mengkhianati badan-badan NGO dan individu-individu yang telah memberikan pandangan mereka mengenai reformasi institusi kepada CEP dan IRC,” katanya pada Khamis.

Hak demikian Kit Siang menegaskan, Kerajaan Perpaduan Anwar tidak sepatutnya menambah lagi kepada kesilapan Mahathir dengan terus merahsiakan laporan CEP dan IRC di bawah Akta Rahsia Rasmi.

Dalam pada itu beliau juga mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk nyahrahsia laporan penuh siasatan kerajaan terhadap insiden nahas kapal terbang pada tahun 1976 yang telah mengorbankan 11 orang, termasuklah Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens, kerana tidak ada sebarang sebab atau alasan untuk laporan ini terus dikekalkan di bawah Akta Rahsia Rasmi selama 47 tahun.

“Tiga sebab telah dikatakan mungkin menjadi punca kepada nahas kapal terbang Nomad 47 tahun yang lepas — kapal terbang terlebih muatan, kesilapan juruterbang, atau kecacatan reka bentuk kapal terbang.

“Diharapkan pendedahan laporan yang dibuat 47 tahun ini dapat memberi penutup kepada insiden yang bukan sahaja telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah, tetapi juga tiga orang Menteri Negeri Sabah ketika itu — Salleh Sulang, Peter Mojuntin, dan Chong Thien Vun.

“Sekiranya insiden ini tidak terjadi, sejarah Sabah pada hari ini mungkin sangat berbeza,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat