TikTokers ‘jual buah pinggang’ mohon maaf kepada Kerajaan Malaysia, Singapura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Gara-gara terdesak mahu mendapatkan duit cara mudah seorang lelaki telah menipu netizen dengan mendakwa dia menjual buah pinggang di Singapura kerana dihimpit masalah kewangan.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikToknya yang kononnya menjual organ di Singapura telah menjadi tular malah menjadi perdebatan di Dewan Rakyat.

Pemilik akaun TikTok dengan nama daddy_keacy itu hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan juga Singapura susulan pembohongannya itu demi meraih ramai pengikut dengan menggunakan jalan pintas.

“Saya pemilik video mengenai isu penjualan buah pinggang yang viral minggu lepas, ingin memohon maaf secara terbuka.

“Pada mulanya saya buat video tu memang saya terdesak saya perlukan sedikit wang untuk melangsaikan beberapa hutang yang semakin meningkat dengan faedahnya. Jadi saya buat jalan pintas kepada sesiapa yang nak beli buah pinggang dan saya tak sangka video tersebut FYP.

“Tiga hari lepas itu (muat naik video) saya dapat peluang untuk temu duga di Singapura, saya gunakan footage-footage saya berada di Singapura untuk mendapatkan lagi viewers supaya dapat bantu kelangsungan hidup saya tapi perancangan Allah lebih baik untuk saya
dan kini saya tak mengahrapkan apa-apa lagi,” katanya pada Khamis.

Hal demikian dia memohon terbuka kepada Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Singapura atas kesilapannya yang menggunakan footage yang menampakkan ada penjualan organ di sana.

Sedangkan katanya perkara itu tidak berlaku dan tidak betul sama sekali.

“Saya harap permohonan maaf saya ini dapat diterima oleh Kerajaan Singapura dan juga Kerajaan Malaysia kerana orang menyalahkan kerajaan sebab ini, sebab itu.

“Memang terdesak tapi tak lah sampai saya menjual buah pinggang dan begitu juga kepada yang komen nak jual juga tolong berhenti kerana perkara ini tak elok dan nampak sangat dah tak waras, selagi ada tulang empat kerat kita kerja, usaha, berdoa Tuhan akan permudahkan urusan kita.

“Saya harap permohonan maaf saya ini diterima dan dengan rendah hati mohon maaf kepada kedua kerajaan dan penonton,” katanya lagi.

Pada 3 April lalu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) selepas bertindak keluar Dewan Rakyat bersama blok Ahli Parlimen pembangkang mengadakan sidang media di Lobi Parlimen, menyatakan rasa tidak puas hati mereka berkenaan isu pengeluaran wang KWSP.

“Sebab dalam soalan saya itu, kalau tidak dapat beri keizinan untuk pengeluaran bersasar, apakah cadangan lanjut daripada kerajaan untuk membantu kerajaan untuk bantu rakyat yang susah, yang resah?

“Bahkan, sampai ada yang jual buah pinggang, yang datang berjalan dari Johor ke Istana Negara pada hari ini.

“Ini bukan perkara main-main, perkara besar yang melibatkan kepentingan umum,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat