MoU Indonesia, Malaysia Jadi Penanda Aras Perlindungan PDI

- Advertisement -

JAKARTA – Memorandum persefahaman bagi pengambilan dan perlindungan pekhidmatan domestik Indonesia (MoU PDI) di Malaysia akan menjadi penanda aras untuk MoU dengan negara tujuan lain, kata Menteri Ketenagakerjaan Indonesia Ida Fauziyah.

Beliau berkata MoU itu telah memberikan perlindungan lebih baik dan sangat komprehensif melalui peraturan seperti gaji, cuti mingguan, jaminan sosial dan penguatkuasaan undang-undang.

Melalui ciapan dalam akaun Twitter rasmi kementerian, beliau berkata negaranya sedang mengembangkan kerja sama bilateral dengan beberapa negara lain berkaitan perlindungan pekerja.

Berdasarkan Fasal 31 Undang-undang 18 Tahun 2017, tenaga kerja Indonesia hanya dapat ditempatkan di negara tujuan yang memiliki peraturan yang melindungi tenaga kerja asing.

Menurut Ida Fauziyah, Malaysia telah memenuhi banyak kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan Indonesia di dalam MoU yang dimeterai pada April 1.

Ia termasuk penerapan sistem saluran tunggal, memberi informasi mengenai peraturan, undang-undang, adat serta budaya tempatan kepada PDI.

Memastikan hanya majikan yang layak untuk menggajikan PDI dan pastikan mereka mematuhi undang-undang.

Perkongsian maklumat mengenai majikan, PDI dan agensi untuk tujuan saringan dan senarai hitam.

Pada 2 April, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata Malaysia sentiasa komited untuk melaksanakan MoU seperti yang disepakati kedua negara.

Bagaimanapun, beliau menekankan kerajaan hanya boleh memantau pekerja yang datang secara sah dan menyeru negara-negara sumber turut memainkan peranan. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat