Hanya 15 Kes Daripada 1.34 Juta Kanak-kanak Lapor AEFI Serius – Dr Roshayati

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Hanya 15 kes serius direkodkan susulan 264 laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) melibatkan golongan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sehingga Jumaat lalu.

Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan, Dr. Roshayati Mohamad Sani berkata, bakinya iaitu 249 laporan AEFI bersamaan 94 peratus bagi golongan itu adalah kesan tidak serius.

Katanya, antara kesan yang paling kerap dilaporkan termasuk demam, stres terhadap suntikan atau proses vaksinasi, reaksi kegatalan pada kulit, pening dan sakit kepala.

“Bagi 14 daripada 15 laporan AEFI serius, melibatkan kemasukan ke wad untuk rawatan dan pemantauan lanjut dengan lima kes telah pulih sepenuhnya manakala sembilan kes di dalam proses pemulihan dan satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), yang masih dalam siasatan dan hubung kait dengan vaksin belum ditentukan.

“Sehingga 1 Mac lalu, sebanyak 1,340,321 dos vaksin telah diberikan kepada golongan itu melibatkan vaksin Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection (Pfizer-BioNTech) dan vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roshayati berkata, sebanyak 264 laporan AEFI bersamaan kadar 197 laporan bagi setiap sejuta dos manakala kadar pelaporannya lebih rendah berbanding kadar keseluruhan pelaporan AEFI setakat ini iaitu 377 laporan bagi setiap sejuta dos.

Secara keseluruhannya, katanya, trend pelaporan AEFI tidak jauh berbeza dengan negara-negara rujukan regulatori, malah, tiada isu keselamatan yang dikesan di peringkat tempatan dan global.

Beliau berkata, kadar pelaporan AEFI di kalangan penerima vaksin golongan kanak-kanak di Malaysia iaitu 0.2 laporan bagi setiap 1,000 dos.

“Ia adalah setara dengan kadar pelaporan AEFI yang diterima bagi golongan sama di negara-negara lain contohnya di Kanada (0.16 laporan bagi setiap 1,000 dos) dan di Australia (0.6 laporan bagi setiap 1,000 dos).

“Kadar pelaporan AEFI yang lebih rendah di kalangan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun berbanding penerima vaksin golongan dewasa turut dilaporkan di negara-negara ini,” katanya.

Tambahnya, kesan advers yang paling kerap dilaporkan di negara-negara tersebut adalah kesan ringan seperti sakit, bengkak, merah dan kegatalan pada tempat suntikan, sakit kepala dan keletihan. – Utusan

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat