Hina Tok Guru Celaka, JPM Arah Yadim Buat Laporan Bertulis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menter meminta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) agar memberikan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Menurut Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary pihaknya telah mengarahkan Yadim agar memberikan laporan bertulis mengenai isu tersebut.

“Saya telah mengambil tindakan dengan meminta agensi berkaitan (Yadim) membuat laporan bertulis tentang dakwaan mengeluarkan kenyataan yang sangat tidak sesuai.

“Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh salah seorang ahli lembaga pengarah agensi tersebut yang berada di bawah JPM (Hal Ehwal Agama), jadi tindakan pengurusan telah di ambil,” katanya.

Ahmad Sayuti Bashiron dari Parti Amanah Negara (PAN) sebelum ini menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai seorang yang hina dan celaka.

Dia berkata demikian melalui satu kenyataan ringkas di laman Facebook Sabtu lalu.

Ahmad Sayuti dipilih sebagai ahli lembaga pengarah Yadim melalui lantikan politik.

Ahmad Marzuk seterusnya berkata adalah tidak wajar individu yang berada di bawah agensi kerajaan mengeluarkan kenyataan jelik seperti itu.

“Kenyataan seperti itu adalah sangat tidak wajar, sekiranya sebagai individu juga ia tidak sesuai apatah lagi merupakan ahli lembaga pengarah Yadim.

“Dia masih lagi kekal berada di bawah agensi kerajaan jadi sangat kontra dan tidak berpatutan (mengeluarkan kenyataan) jawatan tersebut,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan yang sama PAS Pasir Puteh, Assabiqun dan Pekida dilaporkan telah membuat laporan polis terhadap Ahmad Sayuti.

Laporan tersebut di buat di Balai Polis Daerah Pasir Puteh semalam turut dihadiri oleh Setiausaha PAS Pasir Puteh Mohd Judin Samad dan Pengerusi Pekida Md Zaki. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat