Oleh: Dr Mohd Khairul Izwan
Kepada Saudari Zahle****** Ni***,
Saya menggesa dan menyeru kepada anda agar memulangkan kembali face mask, glove dan hand sanitizer yang telah anda curi dari Hospital Serdang melalui abang anda yang didakwa merupakan salah seorang staff di hospital terbabit.
Buat pengetahuan Saudari, barang-barang yang Saudari ambil tersebut merupakan item yang sangat-sangat diperlukan oleh barisan frontliners yang bertugas bertungkus-lumus untuk membendung wabak Covid-19 di hospital/fasiliti kesihatan.
Dengan mengambil barangan tersebut, bermakna semakin berkuranglah kelengkapan tersebut untuk wira-wira negara kita gunakan dan semakin meningkatkan risiko diri mereka untuk dijangkiti virus tersebut.
Ada hospital yang sampai kena catu barangan tersebut kerana stok yang semakin berkurangan. Saudari pula tanpa rasa bersalah mencurinya dari pihak hospital dan dengan tanpa segan silu memuat naik pula perbuatan terkutuk Saudari itu ke laman sosial.
- “Muatnaik Gambar Di FB, Bangga Dapat Curi Barangan Hospital”
- 138 Kakitangan KKM Positif Covid-19 – Dr Noor Hisham
- Covid19: Jangan Salahkan China, Rakyat Perlu Berkorban Ubah Cara Hidup – Dr Mahathir
Barang yang Saudari curi terbabit merupakan hak milik kerajaan, dan perbuatan Saudari boleh mengundang padah buat diri Saudari serta abang Saudari yang merupakan salah seorang penjawat awam dan bekerja di hospital terbabit. Abang Saudari juga boleh berdepan dengan risiko dikenakan tindakan tatatertib akibat perbuatan kalian.
Mungkin Saudari boleh delete akaun Facebook Saudari, tapi ramai yang telah menghidu perbuatan Saudari. Pihak berwajib juga mungkin akan mengambil tindakan terhadap perbuatan Saudari nanti, tapi jangan lupa balasan Allah di hari akhirat kelak pasti lebih dahsyat.
Buat seluruh rakyat Malaysia, saya sebagai salah seorang staff KKM menyeru agar jangan diulangi lagi tindakan pentingkan diri sebegini kerana ianya amatlah tidak berhati perut. Mencuri kelengkapan sebegini dari hospital serta fasiliti KKM dapat merencatkan usaha kita untuk membasmi penularan wabak Covid-19.
Sepatutnya kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab memberikan sokongan penuh kepada barisan frontliners kita untuk mereka menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Mereka berkhidmat siang dan malam tanpa mengenal penat dan lelah bukan untuk orang lain, untuk kesejahteraan kita serta negara juga.
Staff KKM serta pihak yang lain sampai kena jahit sendiri PPE dan buat face shield sendiri untuk tampung kelengkapan yang semakin berkurangan, ini ada pula individu yang senang-senang pergi curi stok dari hospital. Kasihanilah mereka.
Jika kita tidak mampu membantu mereka, jangan sampai kita membebankan mereka.
Sebab itu sebelum ini pihak KKM ada keluarkan kenyataan bahawa tidak wajib untuk pakai mask jika anda tidak mempunyai gejala, tetapi kalau ada dan nak pakai, silakan. Tapi jangan sampai mencuri dari pihak hospital.
Kalau nak pakai juga tapi tiada mask yang 3 ply tu, boleh pakai mask DIY seperti mask kain dan yang lain-lain.
Yang penting jangan mencuri okay?
Lebih baik duduk di rumah dan kekalkan jarak sosial 1 meter. Itu lebih baik daripada anda pakai mask curi tanpa rasa bersalah!
Mohon pihak KKM, PDRM dan SKMM menyiasat dengan serius perbuatan ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai pengajaran buat semua.
Nota: Penulis adalah merupakan seorang Doktor Gigi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
- Hina Tok Guru Celaka, JPM Arah Yadim Buat Laporan Bertulis
- Lelaki Nigeria Positif Covid-19 Di China Mengamuk, Gigit Jururawat
- 9 Hospital Dipilih Sertai Kaji Selidik WHO Berkaitan Ubat Rawat Covid-19 – KKM
- Dua Bulan Ibu Bertarung Nyawa, 5 Beradik Kini Yatim Piatu Kerana Pemandu Mabuk
- Hadi Politik Longkang, AMANAH Seru Ahli & Pimpinan PAS Tinggalkan Parti
- Bebaskan Banduan Penjara, Elak Penularan Covid-19, Kata Lim Kit Siang
- Tiada Kes Positif Covid-19 Dikalangan Banduan Dalam Penjara – Jabatan Penjara