Lima Geng Muruku Ditahan Selepas Samun Kuil – Polis

- Advertisement -

KUALA LANGAT – Asal boleh buat duit, barangan seperti Milo, Horlicks dan ubat gigi serta alat pengisar antara barangan samun yang dirampas polis selepas menahan lima Geng Muruku dalam dua operasi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, tangkapan dibuat selepas seorang mangsa lelaki berusia 69 tahun membuat laporan polis pada 3 Januari lalu.

Beliau berkata, pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) itu yang merupakan Setiausaha Kuil Sri Sithuvinayagar di Teluk Bunut, Banting memberitahu kuilnya didatangi dua lelaki sebelum mencederakan dua pekerja kuil dengan kayu dan melarikan barangan bernilai RM23,800 termasuk barang kemas milik kuil.

“Bertindak atas laporan, pada 4 Januari pukul 12.15 tengah malam, sepasukan polis dari IPK Selangor dan IPD Kuala Langat berjaya menangkap dua suspek terbabit yang merupakan warga tempatan di Bandar Baru Klang.

“Susulan tangkapan dan hasil soal siasat, serbuan kedua dilakukan kira-kira empat jam kemudian di Banting dan menahan tiga lagi lelaki yang juga warga tempatan. Semua ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kuala Langat, di sini hari ini.

Ahmad Ridhwan menambah, ketika serbuan polis menemui semula semua barang milik mangsa serta barangan hasil kegiatan samun dan pecah rumah.

Susulan tangkapan, suspek direman selama enam hari di Lokap Balai Polis Banting dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga menyebabkan kecederaan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek memiliki rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

Jelas Ahmad Ridhwan lagi, dengan tangkapan kelima-lima suspek terbabit, polis yakin dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes samun dan 10 pecah rumah di sekitar Kuala Langat, Klang dan Kuala Selangor.

“Antara kes yang berjaya diselesaikan adalah pecah masuk Pejabat Peladang Kuala Langat pada 30 Disember lalu dan beberapa kes lain seperti samun rumah, kebun sayur, kedai runcit, kuil, restoran, pasar raya dan lain-lain.

“Kumpulan ini aktif dalam melakukan kegiatan jenayah sejak tiga bulan lalu daripada Oktober 2021 hingga Januari ini,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat