Sidang Khas Dewan Rakyat Bincang Bencana Banjir 20 Januari Ini – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Dewan Rakyat akan mengadakan sidang khas bagi membincangkan bencana banjir pada 20 Januari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, sidang khas itu adalah demi mendalami kesusahan rakyat yang terkesan dengan banjir yang melanda negara baru-baru ini.

“Mesyuarat khas ini diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara, iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

“Pelaksanaan mesyuarat khas ini telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah,” katanya, menerusi satu dalam kenyataan media hari ini.

Ismail berkata, sidang khas itu penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat tindakan dan perancangan yang akan diambil bagi menangani masalah banjir.

“Sesi ini juga adalah platform terbaik untuk Ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir,” katanya.

Terdahulu semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan supaya diadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan perkara tersebut.

Ahmad Zahid berkata, sidang itu juga akan membolehkan wakil rakyat memberi pandangan dan cadangan dalam membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat