Kelantan tebang balak ikut kuota, jaga ekosistem

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penebangan balak di Kelantan dilakukan mengikut kuota yang ditetapkan melalui prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 sekali gus tiada keperluan untuk menghentikan aktiviti berkenaan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata bukan semua pokok boleh ditebang sewenang-wenangnya sebaliknya mengikut had yang ditetapkan kerana tindakan tegas boleh diambil oleh Jabatan Perhutanan.

Kata beliau, proses penebangan juga perlu melalui syarat kajian impak alam sekitar (EIA) sebelum kerja pembalakan dibenarkan beroperasi agar dapat menjaga ekosistem hutan sedia ada.

“Kita juga ingin memaklumkan bahawa aktiviti penebangan pokok di negeri ini tidak dilakukan sepanjang Oktober, November dan Disember atas faktor cuaca, yang hanya ada ialah proses membawa balak untuk disimpan di Beta (lokasi simpanan balak).

“Pokok kayu ini ada tempoh usia tertentu yang mana jika tidak ditebang boleh mengganggu proses pertumbuhan selain berisiko untuk tumbang. Justeru, ia perlu ditebang bila sampai masanya dan kemudian ditanam semula.

“Selain itu, penebangan juga perlu mengikut had ditetapkan, sebagai contoh, hanya 3,000 pokok boleh ditebang pada satu-satu masa dan tidak boleh lebih kerana bakal dikenakan tindakan,” katanya selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baru 2022 yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim, pada Khamis.

Memetik BH, Mohd Amar mengulas tindakan lebih 200,000 individu yang menandatangani petisyen Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) bagi menggesa kerajaan mengenakan moratorium atau pemberhentian segera terhadap sebarang aktiviti pembalakan buat masa ini.

Mohd Amar berkata, sumber hutan adalah salah satu hasil negara bukan sahaja menjadi kebergantungan buat kerajaan negeri Kelantan, malah di negeri lain juga seperti Pahang dan Sarawak.

“Tidak dapat dinafikan terdapat kes pembalakan haram di negeri ini yang menjadi masalah, tetapi bukan hanya di Kelantan malah seluruh negara.

“Kita tidak boleh hentikan penebangan pokok kerana ia adalah sebahagian usaha untuk menjaga alam sekitar yang mana mengikut syarat iaitu dengan menanamnya semula sebaik ditebang,” katanya.

Katanya, pembalakan juga bukan sebab utama banjir, malah sebagai penyumbang terbesar hasil negara selain aktiviti berkenaan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat