Sektor Agrikomoditi berdepan cabaran tahun depan, peraturan baru global jadi kekangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sektor agrikomoditi negara dijangka berdepan beberapa cabaran tahun depan membabitkan peraturan baharu di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata ia juga akan berdepan pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) terhadap komoditi kepada Kesatuan Eropah (EU).

Kata beliau, dalam mendepani cabaran itu, pesaing juga akan lebih agresif dalam memasarkan produk dan negara perlu mencari jalan untuk memasarkannya.

Menurut Fadillah lagi dengan anggaran pertumbuhan dunia yang menguncup tiga peratus, produk tempatan akan dipastikan dapat dipasarkan di peringkat global.

“Di Malaysia sektor agrikomoditi menyumbang sekitar lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan cabarannya adalah untuk capai lebih daripada itu,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Hari Agrikomoditi Negara (HAKN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Fadillah berkata, kementerian perlu berbincang dari semua sudut untuk mencari jalan bagi meningkatkan pengeluaran rangkaian produktiviti produk hiliran dengan lebih berkualiti, lapor BH.

Jelasnya, sebelum ini beliau pernah mengadakan lawatan ke sebuah agensi pusat penyelidikan di Beijing, China dalam menyelesaikan masalah industri hiliran sawit dengan mengeluarkan minyak sawit merah untuk memenuhi keperluan di negara berkenaan.

Katanya, EUDR contohnya untuk tidak menebang hutan baharu bermula 2020 bagi penanaman agrokomoditi jelas merupakan sekatan kepada perkembangan sektor berkenaan.

EUDR adalah undang-undang alam sekitar baharu menyasarkan lapan komoditi, termasuk minyak sawit yang ditanam di tanah dibersihkan selepas 2020.

EUDR diluluskan Parlimen Eropah April lalu yang mana ia mewajibkan syarikat memastikan produk yang dijual di EU tidak membawa kepada penebangan hutan.

Peraturan itu meliputi lembu, koko, kopi, minyak sawit, soya, kayu, getah, arang dan produk kertas bercetak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat