KUALA LUMPUR – Kemerosotan sokongan orang Melayu sebelum Umno bekerjasama dengan DAP lagi.
Sebaliknya, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi menegaskan, kemerosotan sokongan ini bermula sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi.
Puad memberitahu, pemimpin Melayunya mahu bunuh Umno dan diganti dengan Bersatu.
“Umno tidak sertai pun gabungan Pakatan Harapan (PH).
“Menyertai Kerajaan Perpaduan atas dasar tanggungjawab. Apakah itu barua DAP? Barua Bersatu lagi berat. Bunuh Umno,” bidas beliau dalam kenyataan pada Selasa.
Puad mengakui sokongan Melayu terhadap Umno memang merosot.
“Benar, sokongan Melayu merosot. Umno tidak apologetik.
“Sokongan merosot sebelum Umno dan DAP bekerjasama. Merosot dari PRU-14 lagi.
“Tetapi kerana Kemaman, terdapat tali barut Bersatu tuduh Umno “barua” DAP.
” Mereka termasuk Tun M dan Muhyiddin desak Umno keluar dari Kerajaan Perpaduan.
“Umno bertanding PRU -15 secara solo. Umno hilang banyak kerusi,” ujarnya.
Tegas Puad, selepas PRU-15 Umno sertai Kerajaan Perpaduan dan itu keputusan MKT.
“Umno ada dua pilihan untuk bantu tubuh kerajaan.
“MKT pilih PH. Apa guna pilih PN,” katanya.