Dendam motif polis Thai dibom di Sungai Golok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Serangan bom dan tembakan yang mencederakan empat anggota polis di Kampung Pasemas di Sungai Golok, Thailand tengah malam kelmarin dipercayai berpunca daripada dendam.

Jurucakap pasukan keselamatan Thailand, berkata mereka percaya kejadian itu berlaku susulan penahanan empat lelaki yang disyaki anggota sindiket penyeludupan dadah oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

Katanya, menerusi penahanan di pekan Sungai Golok itu, polis turut merampas lebih 600,000 pil dan ia rampasan terbesar sejak beberapa tahun lalu.

“Siasatan berhubung kejadian tengah malam kelmarin itu mendapati (puncanya) lebih kepada dendam atau pertelingkahan antara individu tertentu dengan polis.

“Kumpulan itu tidak berpuas hati dengan penahanan empat lelaki dan rampasan sejumlah besar pil itu,” lapor BH di Kelantan.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam kelmarin, empat anggota polis Thailand cedera dalam serangan di Pasemus, Sungai Golok.

Mangsa yang semuanya berpangkat Sarjan dimasukkan ke wad di Hospital Sungai Golok.

Susulan kejadian itu, kedua-dua polis Thailand dan Kelantan mempertingkatkan pemeriksaan mereka di sepanjang sempadan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat