‘Lebih DAP daripada DAP’ punca BN kalah di Kemaman – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil, mendakwa Umno terus menerima penolakan orang Melayu kerana parti itu yang seharusnya memperjuangkan Melayu dan Islam, sudah tersasar dan rela menjadi ‘barua DAP’.

Menurut beliau, kekalahan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman didakwa berpunca daripada segelintir pemimpin parti itu yang bertindak menjadi ‘penjilat’ DAP.

Isham berkata, ada segelintir pemimpin parti itu bertindak ‘lebih DAP daripada DAP’, dengan mempromosikan DAP secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan ahli akar umbi.

“Sebab kekalahan kita (di PRK Kemaman), ada beberapa orang yang mempromosikan DAP dalam Umno …cukup-cukuplah jadi ‘penjilat’ DAP. Janganlah bila kepentingan DAP tergugat, kamu yang terkoyak lebih.

“Mereka nak pertahankan DAP sangat, sampai jadi ‘penjilat’ tegar. Itu orang Melayu tak suka.

“Lagi kamu ‘jilat’, lagi kamu pertahan DAP selagi itulah orang Melayu akan ‘reject’ kita dan lagi kita akan kalah pilihan raya. Itu kita kena sedar,” ,” katanya dalam rakaman video dikongsikan di Facebook, pada Selasa.

Isham juga mendakwa, Umno perlu kembali memperjuangkan penyatuan parti-parti Melayu jika ingin mengembalikan semula kepercayaan orang Melayu yang kini sudah beralih kepada Perikatan Nasional (PN).

“Kepada anasir-anasir yang dah jadi tali barut parti lain, nak jadi ‘barua’ memecahkan orang Melayu, itu yang kita kena tentang habis-habisan.

“Kita kena sedar dalam Umno dan perbaiki diri kita supaya kita kembali relevan dan dapat sokongan orang Melayu dan usahakan orang Melayu di negara ini bersatu kembali,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat