Baru siasat, MB Perlis tak perlu letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pemimpin PAS dan Bersatu Perlis senada tiada keperluan untuk Shukri Ramli melepaskan jawatan Menteri Besar ketika ini susulan siasatan berhubung dakwaan tuntutan palsu RM600,000 melibatkan anaknya.

Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh berkata, tidak timbul isu imej PAS dan Perikatan Nasional (PN) terjejas kerana ia masih di peringkat siasatan

“Baru siasatan. Desakan menteri besar letak jawatan tak timbul,” lapor FMT pada Selasa.

Anak Shukri dilaporkan antara lima individu direman SPRM pada Rabu lalu bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000. Semuanya sudah dibebaskan dengan jaminan agensi antirasuah itu.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen membabitkan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga kini yang menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Exco Perlis dan Adun Titi Tinggi, Izizam Ibrahim berkata, pentadbiran kerajaan negeri tidak terkesan dan berjalan seperti biasa.

Timbalan Ketua Bersatu Perlis berkata, PN negeri juga dalam keadaan tenang kerana siasatan itu membabitkan individu, bukannya parti.

Tetapi, katanya, siasatan itu mengajar wakil rakyat PN Perlis yang rata-ratanya masih baharu dalam pentadbiran untuk belajar daripada kesilapan.

“Bagi saya baguslah, saya pun terima kasih kepada SPRM kerana kita YB (Yang Berhormat) baharu…benda baharu bagi kami soal pentadbiran di negeri, ia bukannya mudah, dia ada undang-undang dia, pecah kuasa dia.

“Yang tu sajalah, tapi kalau (soal) MB, tak ada apa, kami kekal tenang dan biarkan siasatan berjalan,” kata ketua bahagian Bersatu Padang Besar itu.

Adun Pauh dan Ketua Bersatu Bahagian Arau, Megat Hashirat Hassan berkata, jika siasatan tidak memihak kepada Shukri, maka Bersatu negeri menyerahkan kepada kepimpinan PN untuk menentukan kedudukan menteri besarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat