Rakyat mesti tahu pembangkang bukan takut banjir tapi bimbang ditolak – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jentera Barisan Nasional (BN) digesa menjelaskan kepada rakyat bahawa pembangkang sebenarnya bantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan kerana banjir sebaliknya takut ditolak rakyat.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, muslihat sebenar lawan BN enggan berdepan PRU15 kerana tahu mereka ditolak oleh majoriti rakyat harus diketahui masyarakat.

“Rumusannya mudah sahaja. Lawan BN tahu fitnah dan janji-janji baru mereka tidak dapat memperdayakan rakyat lagi.

“Mereka berharap alasan musim hujan dapat terus ‘membeli masa’ untuk mengelak daripada berdepan penentuan rakyat,” dakwa Zahid.

Justeru beliau mengingatkan jentera BN perlu bingkas menjelaskan kepada rakyat iaitu lawan BN membantah PRU15 bukanlah kerana musim hujan.

“Rakyat perlu dibentangkan dengan fakta lawan BN telah menolak proses demokrasi daripada dilangsungkan sejak tahun lalu.

“Bermula alasan Covid-19 masih ada ketika imuniti kelompok telah dicapai dan segala aktiviti sosial ekonomi kembali beroperasi.

“Kemudian memberi pula alasan tidak perlu diadakan PRU15 kerana pembangkang telah menjalin MoU dengan kerajaan,” jelasnya.

Presiden Umno itu menambah, fakta
itu penting diperjelaskan agar rakyat mampu membuat pertimbangan yang saksama dalam menilai fitnah baharu.

“Rakyat perlu difahamkan PRU15 amat penting bagi membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh untuk berdepan risiko bencana.

“PRU15 amat mustahak bagi membentuk kerajaan yang berdaya mendepani ramalan kemelesetan ekonomi global tahun depan,” ujar Zahid.

Beliau turut menyenaraikan kronologi auta lawan BN berkait PRU15 iaitu pada 28 Mac 2021: Umnominta PRU15 diadakan apabila tempoh darurat tamat pada 1 Ogos 2021 bagi mengembalikan kestabilan.

“Kemudian pada 1 April – 31 Ogos 2021: Mereka beri alasan Covid-19 masih ada sedangkan aktiviti sosial mahupun ekonomi telah kembali sepenuhnya. Negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Manakala pada 13 Sept 2021: Mereka bergegas memeterai MoU dengan kerajaan selepas tarikh 1 Ogos berakhir dan menetapkan PRU-15 tidak boleh diadakan sebelum Julai 2022,” katanya.

Kemudian menurut beliau pada 10 Mac 2022: Mereka menawarkan kerajaan lanjutan MoU dengan syarat tidak adakan PRU15 selepas Julai 2022.

“23 Mac 2022 : Mereka mengagalkan usul kerajaan melanjutkan peruntukan Akta SOSMA negara menyebabkan MoU terbatal.

“24 Mac 2022: Mereka menafikan MoU telah terbatal dan menegaskan PRU15 masih belum boleh diadakan.

“1-30 September 2022: Mereka bantah PRU15 diadakan tahun ini dengan alasan negara telah memasuki musim hujan.

“2 Oktober 2022: Mereka bantah PRU15 tahun ini kerana didakwa tidak menghormati sambutan perayaan Deepavali,” kata Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat