‘Macam mana rock sekalipun biarlah beradab’ – Awie

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Sebenarnya ada kategori-kategori rock. Dia…antara rockers, ataupun ‘beruk’.

“Kalau rockers, dia tak begitu. Tapi kalau ‘beruk’, mungkin dia begitulah kan,” kata Datuk Awie berkenaan isu penyanyi rock berkelakuan melampau di atas pentas.

Awie yang juga vokalis kumpulan Wings berkata, setiap manusia ada adab dan ia perlu dijaga.

“Walau macam mana sekalipun, adab ketimuran kita ini, budaya kita orang Melayu tinggi adabnya. Kalau kita tiada adab, ia biadap. Ia bukan budaya Melayu.

“Saya menyeru walau macam mana rock sekalipun biarlah beradab. Jagalah adab kita. Kasihan emak bapa yang melahirkan kita. Didik dengan penuh sopan santun dan adab tertibnya.

“Penat bawa kita belajar, mengaji dan sebagainya, tiba-tiba kita hancurkan adab kita. Untuk apa? ,” katanya pada sidang media Konsert Wings Naga Kramat, di sebuah hotel, di sini.

Mengulas lanjut, Awie meminta agar setiap artis yang beraksi agar tidak memulakan perkara yang meniup kebencian daripada peminat.

“Inilah masalahnya. Janganlah mulakan dan jangan buat. Kita sebagai penyanyi atau influencer, jangan mulakan perkara bodoh.

“Kalau kita mulakan benda yang bodoh, mereka yang di bawah akan jadi bodoh macam kita juga. Buat apa kita nak memperbodohkan mereka.

“Baik kita cari benda yang positif. Dari sudut seni ini macam-macam benda kita boleh buat,” katanya.

Awie berkata, muzik rock ada kategorinya dan budaya tersendiri yang asalnya dari luar.

“Janganlah ambil perkara yang negatif itu. Kita janganlah membudayakan kelakuan yang tidak baik itu di sini. “Sebenarnya apa yang berlaku adalah kerana individu itu sendiri tanpa mengira era rock mana. Kita salahkan individu itu sendiri. Dia nak bawa ke mana arah diri dan tujuannya.

“Kalau arah positif, positiflah ia. Begitu juga sebaliknya. Jangan jadikan anak-anak yang lahir selepas ini sebagai generasi yang tidak bertamadun,” katanya.

Menurutnya, artis tidak boleh membawa masalah peribadi ke atas pentas. Malah selama 37 tahun menyanyi, dia langsung tidak pernah berbuat demikian.

Sementara itu, Konsert ‘Naga Kramat’ anjuran MW Mega dan Awie Entertainment akan berlangsung pada 22 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat